Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pekhidmat MAIPs Di Posisi Tepat - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pekhidmat MAIPs Di Posisi Tepat - Raja Muda Perlis

Pekhidmat MAIPs Di Posisi Tepat - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 23 Februari 2020 08:35

Islamabad, Pakistan, 23 Februari 2020 - Pekhidmat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dilihat berjaya meletakkan posisinya di tempat yang tepat sehingga menjadikan mereka sentiasa terampil untuk menghulurkan bantuan kepada warga yang memerlukan.

Pelbagai inisiatif baharu seperti Agihan Dakwah Bil Hal, Pusat Makanan di Masjid, Pemantapan Potral rasmi MAIPs dan sebagainya, menjadikan MAIPs sentiasa dekat di hati rakyat.

Pada masa yang sama dirakamkan setinggi pengharagaan dan tahniah kepada semua agensi yang bersama-bersama MAIPs dari dahulu hinggalah sekarang yang sentiasa komited menjayakan segala misi dan visi yang disasarkan.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan ‘Tabung Ibnu Sabil MAIPs’ berjumlah RM5,000 yang diamanahkan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, Pakistan pada malam semalam.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, TYT Ikram Mohd Ibrahim menerima sumbangan tersebut yang turut disaksikan oleh Penasihat Pertahanan, Kolonel Abu Hashim Jamaludin.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sikap ‘turun padang’ Pekhidmat MAIPs bagi menyantuni mereka yang memerlukan.

Baginda turut mengucapkan ‘Tahniah di atas pelaksanaan program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ sebanyak 76 siri sepanjang tahun 2019 yang lalu dan telah berjaya mengagihkan sejumlah RM8,064,000 kepada 13,440 asnaf terpilih.

Tuanku Raja Muda Perlis yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat berangkat ke Pakistan selama tiga hari bagi mengetuai delegasi ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategi Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Malaysia 2020’.

Untuk rekod, ibunegara Pakistan ialah Islamabad yang mempunyai seramai 4.5 juta penduduk. Namun begitu, kotaraya paling besarnya ialah Karachi yang mempunyai 23.5 juta penduduk. Bahasa rasmi Pakistan ialah Bahasa Inggeris dan Urdu. 

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE