Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Titah Kepimpinan PALAPES Baiki Kaedah Tarik Minat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Titah Kepimpinan PALAPES Baiki Kaedah Tarik Minat

Raja Muda Perlis Titah Kepimpinan PALAPES Baiki Kaedah Tarik Minat

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 23 Februari 2020 08:40

Islamabad, Pakistan, 23 Februari 2020 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar pihak kepimpinan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Angkatan Tentera Malaysia di universiti-universiti awam supaya sentiasa berusaha untuk memperbaiki kaedah bagi menarik minat penuntut-penuntut universiti untuk menyertai PALAPES di insitusi masing-masing.

Lebih penting lagi adalah mereka perlu berusaha keras untuk menyuntik semangat kesetiaan kepada pegawai-pegawai PALAPES yang akan ditauliahkan universiti-universiti awam supaya terus kekal aktif di dalam Rejimen Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat sebagai anggota sukarela walaupun mempunyai karier pilihan masing-masing selepas bergraduasi kelak.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat melawat ‘Centre for International Peace and Stability’ di Pakistan National University of Sciences and Technology (NUST) di Islamabad, Pakistan petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda dan delegasi ‘Lawatan Kerja Akademik dan Strategi Ketenteraan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) Malaysia’ itu disambut oleh Pro Rektor universiti berkenaan, Dr Asif Raza.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat diiringi sama oleh Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Kol (K) Ir Ts R Badlishah Ahmad dan Mejar Ts Dr Mohd Hazizan Mohd Hashim dari Universiti Sains Malaysia.

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, TYT Ikram Mohd Ibrahim dan Penasihat Pertahanan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, Kolonel Abu Hashim Jamaludin.

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE