Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN PELANJUTAN PENANGGUHAN AKTIVITI MASJID DAN SURAU SERTA PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH PESAKIT COVID-19 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN PELANJUTAN PENANGGUHAN AKTIVITI MASJID DAN SURAU SERTA PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH PESAKIT COVID-19

TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN PELANJUTAN PENANGGUHAN AKTIVITI MASJID DAN SURAU SERTA PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH PESAKIT COVID-19

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 22 Mac 2020 11:10

Menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah menerima pandangan dan nasihat daripada pihak Kerajaan Malaysia mengenai perkembangan COVID-19 semasa, serta mendapat panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, sebagai lanjutan Titah Perutusan Beta selaku Yang DiPertua melalui edaran MAIPs 100 – 6 Jld 7 (77) bertarikh 13 Mac 2020 dan MAIPs 100 – 6 Jld 7 (78) bertarikh 16 Mac 2020, maka Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan ini mengambil keputusan seperti berikut:

1. Bersetuju supaya tempoh pemberhentian aktiviti berkumpulan di masjid dan surau termasuk Solat Jamaah dan Solat Jumaat DILANJUTKAN dari tarikh 29 Mac 2020 kepada 31 Mac 2020 atau mengikut tarikh terkini yang diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia atas dasar kemaslahatan dan kepentingan bersama.

2. Memberikan panduan bagi pengurusan jenazah pesakit COVID-19 seperti berikut:

a. Tajhiz janaiz (pengurusan jenazah) bagi memandikan dan mengkafankan hendaklah diuruskan di hospital atau di mana-mana premis yang dibenarkan oleh pihak berkuasa dengan nasihat dan panduan keselamatan daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia;

b. Pengurusan hendaklah dilaksanakan dengan pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) kerana terdapat keadaan yang boleh menimbulkan kemudharatan kepada nyawa manusia yang menguruskannya. Dalam hal ini, dibolehkan jenazah diuruskan melalui proses yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya iaitu dengan melaksanakan tayammum pada bahagian muka dan pergelangan tangan di beg jenazah atau pembalut plastik yang membaluti jenazah tersebut.

c. Proses kafan adalah memadai dengan balutan kain yang telah dilaksanakan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia pada jenazah berkenaan.

d. Solat Jenazah hendaklah ditunaikan dengan kehadiran Imam dan beberapa ahli keluarga terdekat sahaja sebagai memenuhi kewajipan fardhu kifayah.

Oleh hal yang demikian, Umat Islam di seluruh Negeri Perlis hendaklah mengambil maklum akan arahan ini dan bertindak mematuhinya dengan sepenuh kemampuan diri dan suci hati.

Di kesempatan ini, Beta mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas komitmen jitu seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, petugas Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia serta seluruh Agensi Kerajaan, Swasta, Pertubuhan dan orang perseorangan yang setia berkhidmat bahkan sanggup bergadai nyawa sepanjang tempoh ujian musibah ini. Didoakan semoga mereka dan seluruh keluarga diberikan kebaikan dan dikurniakan ganjaran setimpal di sisi-Nya.

Marilah kita semua merafak doa, memohon kepada Allah yang Maha Kuasa, agar segera lenyap musibah ini dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH

SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Raja Muda Perlis

Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis

Bertarikh : 21 Mac 2020 bersamaan 26 Rajab 1441H

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE