Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: MAIPs Sedia Bekerjasama Dengan NGO, Korporat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
COVID-19: MAIPs Sedia Bekerjasama Dengan NGO, Korporat

COVID-19: MAIPs Sedia Bekerjasama Dengan NGO, Korporat

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 23 Mac 2020 09:57

Kangar, 23 Mac 2020 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak NGO atau badan korporat dalam membantu masyarakat yang terkesan dengan penularan pandemik wabak COVID-19 pada ketika ini.

Dengan harapan untuk membantu rakyat, inisiatif kerjasama ini juga diharap dapat memberikan ruang dan peluang kepada mereka yang mempunyai idea bernas serta kemampuan untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu MAIPs mempertingkatkan lagi pengagihan manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Pelbagai ruang kerjasama untuk membantu dapat diusahakan antaranya melalui pengagihan peralatan kesihatan dan pencegahan seperti edaran pelindung mulut dan hidung, pencuci tangan dan sebagainya bagi mengurangkan risiko penularan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media MAIPs pada hari ini.

"Hasil kombinasi strategik antara pelbagai pihak amatlah diperlukan, dan di ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain. Semua pihak dialukan untuk melaksanakan khidmat sosial untuk membantu mereka yang memerlukan", titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Tambah baginda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs lagi, ‘Selain agihan secara fizikal, program Khidmat Sosial Korporat (CSR) secara atas talian turut boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan seperti kempen kesedaran 'berada di rumah', agihan bantuan melalui akaun dan sebagainya ’

Menurut Tuanku Raja Muda Perlis, ‘MAIPs boleh bertindak sebagai penyelaras bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta lain untuk mengelakkan sebarang pertindihan atau pemusatan agihan yang tidak sekata.’.

Sebagai makluman, buat masa ini, MAIPs telahpun mengadakan kerjasama dengan beberapa NGO setempat seperti One Centre Malaysia Perlis dan Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Cawangan Perlis dalam memberikan agihan makanan serta keperluan asas kepada mereka yang benar-benar memerlukan selain agihan yang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Masjid di seluruh negeri Perlis.

Bagi yang berhasrat, bolehlah menghubungi MAIPs melalui e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

~SUMBER MAIPs~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE