Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: Manfaatkan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
COVID-19: Manfaatkan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - Raja Muda Perlis

COVID-19: Manfaatkan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 25 Mac 2020 15:19

Kangar, 25 Mac 2020 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar semua pihak mematuhi dan memanfaatkan masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelbagai aktiviti dan perkara berfaedah boleh dilakukan untuk membuktikah bahawa ‘Rakyat Perlis Hebat - Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ sepanjang tempoh berada di rumah ini, yang mungkin tidak lagi dapat dirasai pada masa-masa yang lain selepas ini.

Demikian titah baginda ketika mengulas berkaitan masih terdapat segelintir pihak yang tidak mematuhi dan ingkar arahan PKP ini.

"Gunakanlah tempoh PKP ini bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga dengan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah dan positif bersama-sama contohnya meluangkan masa untuk solat berjemaah, membaca Al Quran, berbual, berbincang, memasak, bersenam, membaca, menonton televisyen, mengemas rumah dengan menyisih barang-barang yang masih boleh digunakan selain menyimpan barangan yang boleh dikitar semula, membersihkan kawasan rumah terutamanya ruangan yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes seperti longkang, parit, memotong rumput, mencantas dan mengemaskan tanaman di sekeliling rumah dan bagi mereka yang memiliki kawasan halaman pula bolehlah untuk mula berkebun." titah baginda lagi.

Selain itu, tempoh PKP yang baru sahaja dilanjutkan ke 14 April 2020 ini boleh menjadi 'cooling period' atau ‘tempoh bertenang’ untuk mereka yang selama ini terlalu sibuk dengan tugas dan peranan masing-masing. Setiap organisasi perlulah memanfaatkan masa ini untuk membuat perancangan terperinci dan memikirkan strategi bersepadu dalam usaha memperbaiki prestasi pada masa akan datang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyeru agar ibu bapa memberikan perhatian penuh kepada pelajaran anak-anak dengan bertanya mengenai perkembangan terkini di sekolah dan pembelajaran mereka, memastikan ulangkaji dilakukan di samping mendidik mereka dengan ilmu agama, sahsiah dan juga asas kemahiran hidup yang mungkin sebelum ini tidak berpeluang untuk dilakukan bersama.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menitahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Polis Ke-213 dan menzahirkan setinggi penghargaan kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, semua pegawai dan juga anggota PDRM atas segala perkhidmatan demi menjamin keselamatan dan keamanan negara tercinta.

~SUMBER MAIPs~

-Gambar Sumber: FAIL-

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE