Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jangan Menangguk Di Air Keruh - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Jangan Menangguk Di Air Keruh - Raja Muda Perlis

Jangan Menangguk Di Air Keruh - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Thursday, 02 April 2020 11:37

Kangar, 1 April 2020 - RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah semua pihak harus berganding bahu mencegah ketirisan dalam penyaluran bantuan ketika penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar manfaat dapat dioptimumkan kepada golongan sasar.

“Bantuan yang disalurkan hanya akan memberikan manfaat apabila ia diurus dengan jujur oleh mereka yang diamanahkan untuk menguruskan agihan.

“Selain itu, pihak yang diamanahkan juga harus bijaksana dan menggunakan pendekatan berhemah dalam melaksana tugasan memberikan bantuan agar tiada golongan yang ketinggalan,” baginda bertitah menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, baginda bersyukur kerana semua pihak sama ada agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pihak korporat meningkatkan sumbangan dan mempermudah prosedur untuk membantu mereka yang memerlukan.
 
“Janganlah ada pihak yang menangguk di air keruh dengan pelbagai tindakan yang mampu mencemarkan nilai ketelusan.

“Bagi pihak yang menerima bantuan pula, pastikan hanya mereka yang benar-benar berkeperluan sahaja agar bantuan berkenaan hanya mengalir kepada mereka yang berhak,” titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs.

Untuk rekod, sehingga 29 Mac, MAIPs sudah mengumumkan lapan inisiatif bernilai RM4.5 juta berbentuk bantuan kepada warga asnaf, golongan terputus bekalan, peniaga Muslim, asnaf berdikari, pelajar serta program dakwah dan ilmu dalam usaha membantu menangani krisis penularan pandemik Covid-19 dan PKP.

~SUMBER METRO~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE