Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: Muhasabah diri dan perkukuh perancangan - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
COVID-19: Muhasabah diri dan perkukuh perancangan - Raja Muda Perlis

COVID-19: Muhasabah diri dan perkukuh perancangan - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Friday, 03 April 2020 15:47

3 April 2020, Kangar. Negara kini sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini. Pelbagai aktiviti dan pengalaman ditempuhi oleh semua rakyat sepanjang tempoh tersebut.

Justeru, semua pihak yang tidak terlibat secara wajib atau sukarela di barisan hadapan atau diperlukan bertugas oleh organisasi masing-masing hendaklah berhenti sejenak untuk bermuhasabah diri, menilai tentang apa yang telah berjaya dilaksanakan untuk diri sendiri, keluarga dan kerjaya sepanjang tempoh PKP setakat ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melalui siaran media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Baginda selaku Yang DiPertua MAIPs, turut bermuhasabah dengan melihat pencapaian yang dilaksanakan oleh MAIPs serta agensi bersamanya sebagai asas kepada peningkatan mutu perkhidmatan kepada rakyat selepas tempoh pelaksanaan PKP.

"Kita tidak mahu tempoh PKP ini dipersia-siakan dengan hanya ‘memeluk tubuh’ dan tidak melakukan apa-apa yang boleh memberikan manfaat terhadap diri dan masyarakat. Masa yang ada boleh dimaksimumkan dengan membuat perancangan yang teratur dan bersistematik," titah baginda.

Baginda mencadangkan agar rakyat Perlis menyediakan ‘To Do List' atau senarai semak apa yang boleh dan bakal dilakukan pada setiap hari, minggu dan juga dua minggu untuk tempoh pelanjutan PKP 2 ini. Malah, secara realistiknya kita juga harus bersiap sedia secara mental dari sekarang dengan perancangan baru sekiranya dilanjutkan lagi tempoh PKP ini walaupun kita semua berharap ianya tidak akan berlaku’.

Ianya bertujuan bagi memastikan kita mempunyai matlamat dan objektif yang jelas untuk dilaksanakan dalam tempoh 'direhatkan' di rumah ini agar lebih bermanfaat kepada diri malah kepada keluarga, tempat kerja, jiran tetangga, masyarakat, negeri, negara malah dunia.

Pada masa yang sama Tuanku Raja Muda Perlis turut mengulangi rasa kebimbangan kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang masih berdegil dengan tidak mematuhi perintah dan larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan semasa PKP.

"Saya memohon agar kita semua menjadi rakyat yang ‘Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’, bertanggungjawab, berdisiplin dan memiliki rasa kasih sayang di antara satu sama lain," titah baginda.

Di kesempatan ini juga, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil melahirkan rasa bangga terhadap barisan hadapan negara serta para sukarelawan yang hebat dan sanggup berkorban jiwa dan raga mereka bagi memastikan negara bebas dari pandemik wabak maut Covid-19 ini. Semoga semua wira dan wirawati negara sentiasa dikurniakan ketabahan, kesihatan dan keselamatan serta seisi keluarga mereka dirahmati oleh Allah SWT, doa baginda berdua.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE