Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tuanku Raja Muda Perlis lawat Fanar di Doha

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Tuanku Raja Muda Perlis lawat Fanar di Doha

/ Archive MAIPs / Tuesday, 14 January 2014 00:27

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2014 - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat melawat kompleks Sheikh Abdullah bin Zaid Al Mahmoud Islamic Cultural Center (Fanar) pada Jumaat sempena lawatan tiga hari ke Doha, Qatar. Baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Duta Besar Malaysia di Qatar Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar dan timbalannya Mohd Noor Zaky Mohd Nasir.

Dalam lawatan itu, baginda berdua turut mendengar taklimat oleh pengarah pusat kebudayaan itu Abdulla Al-Mulla. Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut meninjau aktiviti di kompleks Fanar, yang terletak di Grand Hamad Street itu. 

Menurut kenyataan MAIPs di sini, Tuanku Syed Faizuddin  Putra turut menyerahkan surat pelawaan kerjasama Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) kepada Abdulla, yang mewakili Fanar. KUIPs, institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan MAIPs, menyarankan kerjasama berbentuk pertukaran dan pinjaman pensyarah serta penceramah bahasa Arab selain penerbitan buku serta jurnal.

Fanar antara lain giat menganjurkan kelas bahasa Arab, pameran berkaitan Islam dan sejarah para Nabi serta Rasul serta pusat bagi seminar ilmu pengetahuan. Setiap Jumaat, masjid Al-Fanar yang merupakan sebahagian daripada komponen pusat itu merupakan satu-satunya masjid di Qatar yang menyampaikan khutbah dalam bahasa Inggeris.

Sumber daripada Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE