Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Beri Tumpuan Bina Masa Hadapan Islam n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

MAIPs Beri Tumpuan Bina Masa Hadapan Islam

/ Archive MAIPs / Rabu, 15 Januari 2014 00:27

KUALA LUMPUR , 15 Februari 2014 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) akan terus memberi tumpuan ke arah pembinaan masa hadapan Islam yang mempunyai nilai-nilai wasatiyyah. Menegaskan demikian Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah majlis itu tidak akan melayani isu-isu sampingan yang remeh. 

Bertitah merasmikan konvensyen Sunnah 2013-2014 anjuran Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim Malaysia di sini hari ini, baginda berharap umat Islam tidak cuai atau melampaui batas dalam tindakan. Sebaliknya, menurut baginda, mereka perlu sepanjang masa menunjukkan sikap yang boleh diteladani oleh semua pihak.

"Maips juga cuba menonjolkan intipati ajaran Islam sebenar dalam setiap kegiatannya," titah baginda pada konvensyen sehari itu. Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Hadir sama bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; atase kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Dr Abdulrahman M.Albelaihi; serta Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

 

Sumber daripada Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE