Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Lancar Kempen 'Doa Keselamatan MH370'

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

MAIPs Lancar Kempen 'Doa Keselamatan MH370'

/ Archive MAIPs / Saturday, 15 March 2014 00:27

KANGAR, 15 Mac (SABTU) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melancarkan kempen 'Doakan Keselamatan MH370' menyeru umat Islam di negeri ini mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu lepas.

Pada masa sama, MAIPs berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menambah rasa panik pihak berkaitan.Pelancaran kempen itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs bersempena program Hijrah Minda siri ke-7 bagi 2014 di Surau An-Nur, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kuala Perlis dekat sini Jumaat.Video 'Tribute to MH370' turut ditayang pada majlis itu.

Terdahulu, ceramah bertajuk 'Penghayatan Al-Quran dan As-Sunnah' disampaikan Pengurus Baitulmal Perlis Mohd Nazim Mohd Noor.Sementara itu, pada sebelah petang, Raja Muda berkenan menyertai program kayuhan berbasikal 'MAIPs Peduli' kali ke-20 bagi 2014 sejauh 16 kilometer yang bermula dan berakhir di pekarangan Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, Arau.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE