Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tenaga Kerja Teras Produktiviti Negara – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tenaga Kerja Teras Produktiviti Negara – Raja Muda Perlis

Tenaga Kerja Teras Produktiviti Negara – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 01 Jun 2020 11:38

Kangar, 01 Jun 2020 - Teras bagi sesebuah negara yang produktif terletak pada tenaga kerjanya yang kompetitif, kreatif dan inovatif.

Negeri Perlis dan negara perlu sentiasa mampu melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan bertaraf dunia.

Bakat dan kemahiran golongan muda hendaklah sentiasa dapat dicungkil dan digilap, seterusnya mempromosikan mereka kepada masyarakat terutamanya pihak industri dan swasta.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program kayuhan berbasikal ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ kali ke 19 bagi tahun 2020 yang bermula dan berakhir di perkarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang.

Mengiringi baginda ialah Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Tuanku Raja Muda, pasaran kerja pada masa hadapan di negeri ini dijangka akan dapat dipenuhi dengan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif dan mempunyai pemikiran kritis.

Deskripsi dan skop pekerjaan pada masa akan datang akan mengalami perubahan yang signifikan. Oleh itu, ibu bapa dan juga penjaga hendaklah menggunakan masa bersama ahli keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan wabak Covid-19 ini untuk berbincang dan membimbing anak-anakdan jagaan masing-masing khususnya yang masih bersekolah untuk memastikan mereka sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran terkini berdasarkan kepada keperluan industri di masa hadapan.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, terkini penumpuan terhadap bidang pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) terutama dalam mewujudkan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan industri, terutama sekali menerusi inisiatif Sijil Jalinan Kolaborasi (CoC) juga sedang giat dilaksanakan di segenap peringkat. 

~Sumber daripada Suara Merdeka~

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE