Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Skim Wakaf Tunai MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

This image for Image Layouts addon

Skim Wakaf Tunai MAIPs

Firman Allah SWT yang bermaksud :

" Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang   kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya" 
(Surah Ali Imran : 92)

Hadis Nabawi

PENGERTIAN WAKAF
Bahasa ­, Menahan, Menghalang

Istilah/ Syara’ :
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan nat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT.

PENGERTIAN WAKAF TUNAI 
Wakaf Tunai ialah berwakaf menggunakan wang tunai yang dikumpul di dalam satu tabung amanah di bawah pengurusan MAIN atau nazir yang diamanahkan untuk mengurus wakaf bagi tujuan membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan dan amal jariah.

WAKAF TUNAI MAIPs
Wakaf tunai MAIPs memberikan kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah wakaf dengan wang tunai dan akan disalurkan kepada projek-projek wakaf untuk kemaslahatan umat Islam di negeri ini. Dengan adanya skim wakaf tunai ini, umat Islam tanpa mengira miskin dan kaya berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing.

OBJEKTIF SKIM WAKAF TUNAI

1. Menghidup suburkan semula amalan wakaf yang sangat dituntut dalam Islam
2. Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat untuk menyertai ibadat wakaf walaupun tanpa aset kekal.
3. Masyarakat dapat mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini untuk mengerakkan pembangunan sosio ekonomi  umat Islam

DALIL PENSYARIATAN WAKAF


Firman Allah SWT yang bermaksud :

" Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang   kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya" 
(Surah Ali Imran : 92)

Hadis Nabawi

"Apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang senantiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya"
( Hadis Riwayat Muslim)

CARA MENYERTAI SKIM WAKAF TUNAI

1. Mengisi borang penyertaan Skim Wakaf Tunai MAIPs

2. Potongan Gaji bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan (Kod 4474) dan negeri (4318)
3. Melalui tabung Wakaf Tunai di masjid-masjid terpilih di seluruh negeri Perlis

WAKAF TUNAI AM MAIPs

 Lihat Selanjutnya

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE