Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

WARGA MAIPs MENU

Sila klik pada butang 'log masuk' di menu utama untuk paparan menu warga MAIPs.
ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

This image for Image Layouts addon

Masjid Al Hussain

Masjid Al Hussain, Kuala Perlis merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis, Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. 

Masjid Al Hussain, Kuala Perlis merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis, Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Ia telah dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Ogos lalu. Imam Masjid Al Hussain kini ialah Mohammad Dhiya'al Hafidh Fatah Yasin.

 

Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis ini mengambil masa selama empat (4) tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM 12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.

 

Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut.

 

Menariknya Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis itu telah diilhamkan Raja Muda Perlis, iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail.

 

Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu.

 

Bagi mewujudkan sentuhan alami yang diadaptasikan oleh faktor persekitarannya yang berlatar-belakangkan pantai dan lautan, dinding masjid tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles.

 

Sebuah wakaf didirikan di dataran masjid. Para jamaah dan pengunjung juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap ke laut. Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid.

 

Ciri luaran utama Masjid Al Hussain ialah kubahnya yang berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis.

Please publish modules in offcanvas position.