Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

WARGA MAIPs MENU

Sila klik pada butang 'log masuk' di menu utama untuk paparan menu warga MAIPs.
ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

TABUNG BARA'ATUZ-ZIMMAH (T-BAZ)

TABUNG BARA'ATUZ-ZIMMAH (T-BAZ)

Allah S.W.T. Berfirman :
“ Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa,
padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Al-Baqarah : 188


PENGENALAN TABUNG BARA'ATUZ-ZIMMAH (T-BAZ)

Majlis Agama Islam dan Ada Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telan melancarkan tabung Bara’atuz Zimmah MAIPs pada 16 Julai 2014.

Tabung ini bertujuan untuk menjadikan platform/medium bagi masyarakat yang berhasrat untuk menyucikan harta atau wang tidak patuh syariah yang dimiliki atau yang telah diperolehi.

Pihak MAIPs komited untuk membantu mereka yang berhasrat untuk menghapuskan harta atau wang tidak patuh syariah melalui pengurusan MAIPs. Dana berkenaan akan digunakan untuk maslahah umum umat Islam.

Allah S.W.T. Berfirman :

_Maksudnya : “Orang-orang yang makan
(mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diam bilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah.
Orang yang mengulangi (mengambil riba}, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”

- Al-Baqarah : 275

DEFINISI WANG TIDAK PATUH SYARIAH


Harta tidak patuh syariah didefinisikan sebagai harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan didalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.

1. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah).
2. Perjudian dan pertaruhan.
3. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan.
4. Insurans konvensional.
5. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan syariah.
6. Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan.
7. Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuhi syariah.
8. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan syariah.
9. Wang terimaan rasuah.

FATWA KEBANGSAAN

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-87.


Di dalam Islam harta-harta yang dipeolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut :

1. Diserahkan kepada Baitulmal untuk masalah-masalah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya.
2. Diserahkan kepada golongan fakir miskin.
3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.


PENYALURAN WANG TIDAK PATUH SYARIAH

Mana-mana wang yang terlibat didalam urusniaga yang tidak patuh syariah bolehlah disalurkan kepada Majlis Agama islam dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

 

maybank

Nombor Akaun : 5590 2160 2422

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi;

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs)


A2, Taman Pengkalan Asam, Jalan Tuanku Syed Putra
01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-979 4439

Faks : 04-978 2400
Emel : korporat@maips.gov.my


Majlis Agama Islam dan Ada Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telan melancarkan tabung Bara’atuz Zimmah MAIPs pada 16 Julai 2014. 

Tabung ini bertujuan untuk menjadikan platform/medium bagi masyarakat yang berhasrat untuk menyucikan harta atau wang tidak patuh syariah yang dimiliki atau yang telah diperolehi.

Pihak MAIPs komited untuk membantu mereka yang berhasrat untuk menghapuskan harta atau wang tidak patuh syariah
melalui pengurusan MAIPs. Dana berkenaan akan digunakan untuk masalah umum umat Islam.

Allah S.W.T. Berfirman :

Maksudnya : “Orang-orang yang makan
(mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diam bilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah.
Orang yang mengulangi (mengambil riba}, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”

- Al-Baqarah : 275


Fidyah

Fidyah

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-34/2018
6 Januari 2018
18 Rabiul Akhir 1439H

1. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju bahawa tidak wajib menggandakan fidyah meskipun melibatkan langkauan tahun.

2. Kadar semasa fidyah meninggalkan puasa di negeri Perlis yang dipersetujui adalah sebanyak RM5.00 bagi satu hari puasa.
Kadar tersebut berasaskan kepada satu hidangan makanan.

3. Fidyah juga boleh ditunaikan dalam bentuk mengadakan jamuan kepada fakir miskin atau memberikan kepada mereka makanan keperluan secara terus dengan nilai yang dinyatakan.

4. Sesiapa yang secara sukarela hendak membayar melebihi kadar fidyah yang diwajibkan maka ia suatu amalan yang baik.

Please publish modules in offcanvas position.