Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Latar Belakang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Latar Belakang

Latar Belakang

Menelusuri sejarah, semasa di era pemerintahan Siam dan Inggeris, hal ehwal Agama Islam di Negeri Perlis ditadbir oleh Raja Pemerintah yang diangkat darjat sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Rentetan itu, DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Alwiibni Almarhum Syed Safi Jamalullail telah menubuhkan Majlis Agama Islam Perlis pada tahun 1920. Setelah Perlis menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Januari 1948, telah ditubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada 1 Februari 1948 (Jabatan Perdana Menteri, 2013)

              Penubuhan MAIPs adalah selari dengan perkenan DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis ke-6 yang telah mengurniakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis pada tanggal 1 Februari 1948. DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Putra Jamalullail telah mengasaskan perlembagaan Negeri Perlis yang pertama melalui Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis yang dianggap sebagai dokumen bertulis buat julung-julung kalinya bagi Kerajaan Perlis (Hazman Hassan et al., 2014

             Pungutan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis telah diasaskan oleh DYTM Al Marhum Tuanku Syed Alwi Ibni Al marhum Tuanku Syed Saffi Jamalulail Raja Negeri Perlis. Hal ini bermula dengan kutipan zakat padi dan diikuti pula dengan zakat fitrah yang dikutip secara rasmi di bawah MAIPs dari seluruh umat Islam di negeri Perlis di era DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 1 Ramadhan 1382 bersamaan 27 Januari 1963 (Majlis Agama Islam Perlis 14 Mei 2015).

           Setelah 15 tahun memainkan peranan dalam mengendalikan hal ehwal Islam di negeri Perlis bermula tahun 1948, pada tahun 1963, telah dibuat satu pindaan terhadap Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam No. 3 yang telah diluluskan untuk meletakkan Baitulmal sebagai satu badan yang berfungsi bagi membangunkan ekonomi umat Islam. Fungsinya telah dilaksanakan setahun selepas itu iaitu melalui peruntukan Undang-Undang Negeri Perlis, Fasa 4, Enakmen Pantadbiran Agama Islam Bil.3/1964. Pindaan ini telah mengangkat kedudukan MAIPs untuk bergerak dengan lebih efisien dan memikul tanggungjawab besar dalam merealisasikan agenda pembangunan sosio ekonomi umat Islam khususnya di Negeri Perlis (Majlis Agama Islam Perlis, 2011).

         Bagi melaksanakan pengurusan zakat di Negeri Perlis, Pejabat Zakat Negeri Perlis ditubuhkan. Pejabat ini telah ditempatkan di Pejabat Pemeriksa Kira-kira Negeri Perlis. Lokasi Pejabat Zakat Negeri Perlis kemudiannya dipindahkan ke Pejabat Bandaran dan di Sekolah Menengah Derma sehingga tahun 1964. Pejabat Zakat Negeri Perlis kemudian disatukan dengan Pejabat Agama Islam Perlis dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Zakat dan Fitrah .
            Pada tahun 1995, Pejabat Zakat Negeri Perlis dinamakan sebagai Baitulmal Negeri Perlis dan diletakkan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta dipindahkan ke Kompleks Islam Perlis di Persiaran Jubli Emas Kangar. Pengasingan ini adalah selari dengan penstrukturan MAIPs dan Jabatan hal Ehwal Agama Islam Perlis yang diasingkan dari MAIPs pada tahun 1986 (Siti Fatimah Sudin et al., 2014). Pada ketika itu, Baitulmal Negeri Perlis diterajui oleh seorang. Pengarah yang bertanggungjawab kepada Pengerusi Baitulmal yang akan mengangkat keputusan berkaitan kepada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Tuanku Yang Di Pertua MAIPs.

           Sejajar dengan perubahan persekitaran global yang berhadapan dengan pelbagai cabaran monumental yang menuntut kepada perubahan, MAIPs optimis untuk mengalami proses transformasi. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua MAIPs, menghasratkan MAIPs untuk melaksanakan transformasi secara holistik bermula Jun tahun 2011. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, Baginda Tuanku telah meminta pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, untuk mengenalpasti kaedah dan mekanisme terbaik ke arah melaksanakan transformasi MAIPs. Transformasi MAIPs secara berfasa, diperkuat dengan gagasan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemacu transformasi ummah yang dijulang di dalam Kongres MAIN Seluruh Malaysia Kali Pertama pada 26 dan 27 September 2011 (Majlis Agama Islam Perlis,14 Mei 2015).

             Ekoran itu, MAIPs telah melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang menerajui pengurusan MAIPs dan bertindak sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang sebelum ini dilaksanakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. Pengasingan ini adalah bertepatan dengan kehendak peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis Tahun 2006, Seksyen 16 (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis, 2006).
MAIPs telah mewujudkan dua Bahagian utama iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan yang menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, dan ICT serta Bahagian Baitulmal yang menguruskan hal ehwal pengurusan Zakat, Wakaf, Sumber Am dan Pembangunan & Pelaburan MAIPs. Penubuhan bahagian dan unit ini adalah selari dengan cadangan transformasi penstrukturan semula MAIPs oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Perdana Menteri, 2013).
Penubuhan Bahagian dan Unit di bawah MAIPs adalah seperti berikut :
 

    i. Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian ini dibahagikan kepada 4 Unit Utama iaitu :
  1. - Unit Pentadbiran
  2. - Unit Kewangan

    ii. Unit Teknologi Maklumat
  1. - Unit Kemajuan Islam 
  2. - Bahagian Baitulmal

   iii. Bahagian ini dibahagikan kepada 4 Unit Utama iaitu :
  1. Unit Zakat
  2. Unit Wakaf dan Sumber Am

   iv. Unit Pembangunan dan Pelaburan
  1. Unit Sosio-Ekonomi

 

MAIPs tidak menubuhkan entiti berasingan bagi melaksanakan peranan pengurusan zakat, wakaf dan sumber am seperti yang diamalkan di kebanyakan negeri lain di Malaysia. Perkara ini menjadikan MAIPs dilihat unik dalam memainkan peranannya di dalam pengurusan wakat, wakaf dan sumber am.

Seiring keperluan terkini, MAIPs telah sekali lagi membuat penambah baikan sturuktur organisasi pada tahun 2016. MAIPs telah diperkemaskan dengan mewujudkan 3 Bahagian Utama seperti berikut :
 

   i. Bahagian Khidmat Pengurusan & Keurusetiaan
Bahagian ini dibahagikan kepada 4 Unit iaitu :
  1. Unit Pentadbiran
  2. Unit Kewangan

  ii. Unit Teknologi Maklumat
  1. Unit Keurusetiaan 
  2. Bahagian Pengurusan Zakat

  iii. Bahagian ini dibahagikan kepada 3 Unit iaitu :
  1. Unit Kutipan
  2. Unit Agihan

  iv. Taman Desa Asnaf 
  1. Bahagian Pembangunan Wakaf dan Hartanah Mal
  Bahagian ini dibahagikan kepada 4 Unit iaitu :
    1. Unit Pembangunan dan Hartanah
    2. Unit Wakaf dan Sumber Am

  v. MAIPs Holdings Sdn Bhd
  vi. KUIPs Sdn Bhd 
Pemantapan tadbir urus MAIPs, akan terus dilestarikan, sejajar dengan pelan hala tuju MAIPs 2015-2020. Pihak Pengurusan telah menetapkan perubahan transformasi MAIPs berdasarkan 5 fasa berikut :

Melestari Transformasi                
Memantapkan Transformasi        
Membina Asas Kemajuan            
Menjana Kemajuan                     
Menjulang Kemajuan                   



2015
 

2016
2017
2018
2019 & 2020

 

 

Beberapa inisiatif telah dicadangkan untuk mencapai hala tuju yang telah ditetapkan.
Pungutan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis telah diasaskan oleh DYTM Al Marhum Tuanku Syed Alwi Ibni Al marhum Tuanku Syed Saffi Jamalulail Raja Negeri Perlis pada 20 Rejab 1315 Hijrah. Ianya bermula dengan kutipan Zakat Padi dan diikuti pula pada 1 Ramadhan 1382 dengan Zakat Fitrah yang dikutip dari seluruh umat Islam di negeri Perlis.

Baitulmal Negeri Perlis ialah sebuah badan berkanun dibawah kerajaan Negeri (Mengikut Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Perlis Bil.3/1964. Fasa4). Pada tahun 1995, Pejabat Zakat yang sekarang ini dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis(Zakat, Wakaf dan Sumber Am) telah berpindah sekali lagi ke Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis dan kekal sehingga sekarang.

Bagi melincinkan perjalanan pentadbiran, Baitulmal Negeri Perlis melantik jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Baitulmal (menggantikan jawatankuasa Zakat dan Fitrah). Baitulmal juga telah mengambil pegawai-pegawai tetap, kontrak dan juga sambilan. Bagi melincinkan proses pungutan dan pengagihan zakat di Negeri Perlis, Baitulmal telah melatih amil-amil di tiap kariah. Buat masa sekarang ini terdapat 99 buah kariah di Negeri Perlis dan mengandungi 104 orang amil termasuk 5 orang amil kaunter yang ditugaskan untuk mengutip zakat harta. Bagi urusan pentadbiran Zakat, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis telah membahagikan Negeri Perlis kepada 4 zon keutamaan iaitu, Utara, Selatan, Timur dan Barat.

Dalam menyalurkan perkhidmatan yang lebih efisyen kepada masyarakat secara umumnya, MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ISTIADAT MELAYU PERLIS terdiri daripada tonggak pengurusan yang kukuh seperti Bahagian Pengurusan, Pentadbiran, Audit, Teknologi Maklumat, Zakat dan Bahagian Pembangunan Hartanah dan Wakaf. Di bawah bahagian ini juga terdapat unit-unit kecil bagi membantu melincinkan pentadbiran dan pengurusan zakat.

MAIPs: TONGGAK MENGANGKASAKAN AGAMA

DYMM Tuanku Raja Perlis : Payung Negeri Mengangkasakan Agama
Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah merupakan payung yang menaungi sekalian rakyat jelata. Bahkan naungan DYMM Tuanku Raja berkait rapat dengan Islam sebagai sendi dalam pemerintahan. Peranan dan fungsi DYMM Raja dalam memelihara ketinggian dan kesucian Islam tampak jelas dalam penzahiran tindakan dan pengamalan.

Menelusuri sejarah, semasa di era pemerintahan Siam dan Inggeris, hal ehwal agama Islam ditadbir oleh Raja Pemerintah yang diangkat darjat sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Rentetan itu, DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Alwi Ibni Al-Marhum Syed Saffi Jamaluallail telah menubuhkan Majlis Agama Islam Perlis pada tahun 1920. Setelah Perlis menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Januari 1948, maka ditubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada 1 Februari 1948.

Peruntukan di dalam Syeksyen 4, Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Perlis menyatakan; ”Maka hendaklah ada suatu badan bernama ”Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis” untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.”

Menggalas amanah dan tanggungjawab yang suci ini, hingga ke hari ini, peranan MAIPs yang dipimpin dengan hikmah dan bijaksana oleh DYTM Raja Muda Perlis, begitu utuh dan kuat dalam melaksanakan peranan menasihati DYMM Raja Pemerintah bagi memartabat dan mengangkasakan agama Islam di Perlis.


DYMM Tuanku Raja Perlis dan MAIPs
Terukir indah dalam lipatan sejarah, keperihatinan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail memberikan khidmat dan sumbang bakti untuk Agama Islam yang mulia. Semasa menjadi Raja Muda, Baginda diamanahkan oleh Ayahandanya DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai Yang DiPertua MAIPs yang kelima (Ke-5) pada tahun 1986.

Kesungguhan DYMM Tuanku Raja yang ketika itu sebagai Yang DiPertua MAIPs mempertahankan ketinggian Agama Islam bersendikan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah bersesuaian Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis sentiasa dikenang dan diabadikan. Baginda sering berangkat ke majlis-majlis agama yang menjadi wadah dan wahana mengangkasakan Agama Islam.

Keteguhan dan kemantapan organisasi MAIPs, dilestarikan dengan pelantikan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sebagai Yang DiPertua MAIPs pada tanggal 14 Disember 2001.


Transformasi MAIPs
Sejajar dengan perubahan persekitaran global yang berhadapan dengan pelbagai cabaran monumental yang menuntut kepada perubahan dan islah, maka MAIPs optimis untuk mengalami proses transformasi. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua MAIPs, menghasratkan MAIPs untuk melaksanakan transformasi secara holistik bermula pertengahan tahun 2011. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, Baginda meminta pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, untuk mengenalpasti kaedah dan mekanisme terbaik ke arah melaksanakan transformasi MAIPs. Transformasi MAIPs secara berfasa, diperkuat dengan gagasan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemacu transformasi ummah yang dijulang di dalam Kongres MAIN Seluruh Malaysia Kali Pertama pada 26 dan 27 September 2011. Ekoran daripada itu, MAIPs kini sedang marak menuju transformasi dengan melaksanakan beberapa program fasa transformasi seperti Hijrah Minda, Seminar Jihad Bisnes dan Wakaf Korporat, Konvensyen Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2012 dan sebagainya.


Mengangkasakan Agama : Agenda Suci Dan Luhur
Mengangkasakan agama harus menjadi agenda semua umat Islam. Ianya merupakan tugas dan tanggungjawab yang tiada berkesudahan. Tugas ini kita warisi dari satu generasi ke satu generasi, berakar umbi dan tumbuh subur lalu membuahkan hasil yang dapat dikongsi. Ia akan terus mengalir di seluruh sungai dan parit. Melewati di setiap jalan yang luas dan lorong yang sempit. Ia akan singgah dari rumah ke rumah, di segenap ceruk kampung meluas dan di setiap kota terhimpit dab berakhir dengan sinaran cahaya Islam yang menerangi seluruh alam.

Sesungguhnya keredupan naungan DYMM Tuanku Raja Perlis, selaku Ketua Agama Negeri dan santunan hikmah dan kebijaksanaan, serta komitmen DYTM Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua MAIPs, begitu teguh  menjunjung agenda mengangkasakan Agama Islam.
 
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE