Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis tegur sikap segelintir AJK masjid tidak patuhi SOP PKPP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis tegur sikap segelintir AJK masjid tidak patuhi SOP PKPP

Raja Perlis tegur sikap segelintir AJK masjid tidak patuhi SOP PKPP

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 02 September 2020 10:39

KANGAR, 1 Sept -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menegur sikap sesetengah ahli jawatankuasa (AJK) masjid di negeri ini yang tidak menjalankan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan betul.

Baginda bertitah ada dalam kalangan AJK masjid dilihat sengaja membiarkan jemaah menunaikan solat di tempat yang tidak sepatutnya selain mengabaikan soal penjarakan fizikal.

“Beta risau dan khuatir virus COVID-19 ini akan menjangkiti jemaah yang hadir ke masjid kalau segala SOP tidak dipatuhi. Kalau boleh sediakan ‘face mask’ serta sejadah dan berikan secara one-off (sekali sahaja) kepada mereka,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Titah baginda kedatangan Maal Hijrah pada tahun 1442 Hijrah kali ini amat berbeza dengan tahun sebelumnya kerana seluruh dunia termasuk Malaysia berhadapan pandemik COVID-19 yang memerlukan rakyat menjalani kehidupan dengan kebiasaan baharu.

Sehubungan itu, Tuanku Syed Sirajuddin menyeru rakyat supaya menjadikan sirah hijrah Rasulullah sebagai aspirasi bagi menjalani kehidupan normal baharu itu.

"Hijrah yang sebenar bukanlah setakat mengingati suatu tarikh di kalendar iaitu 1 Muharam dan cuti am untuk berlibur setiap tahun. 

"Sebaliknya Hijrah yang terbaik adalah berubah daripada syirik kepada tauhid, daripada bid’ah kepada sunnah, daripada mungkar kepada makruf dan daripada jahil kepada berilmu, " titah baginda.

Pada majlis sama, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1442 kepada Pengerusi Lembaga SIRIM Berhad yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka Tan Sri Ir Ahmad Tajudddin yang merupakan anak jati Arau.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE