Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pertingkat kesedaran dan integriti ‘cashless society’ – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pertingkat kesedaran dan integriti ‘cashless society’ – Raja Muda Perlis

Pertingkat kesedaran dan integriti ‘cashless society’ – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 04 November 2020 15:54

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua pihak memainkan peranan dalam mempertingkatkan kesedaran dan nilai integiriti dalam masyarakat tanpa tunai (cashless society).

Konsep ‘cashless society’ adalah salah satu usaha dalam mempertingkatkan keberkesanan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat, dalam masa sama ia juga merupakan satu cabaran ke arah mempertingkatkan lagi tahap kesedaran dan nilai integriti dalam kalangan masyarakat.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menerima sembah mengadap Pengurusan Kanan Wilayah dan Negeri Perlis, Bank Kerjasama Rakyat dalam satu pertemuan khas perbincangan kolaborasi bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Dewan Kulliyah MAIPs, Behor Temak, Kangar semalam.

“Dalam hubungan ini, para penerima sumbangan misalnya, hendaklah mempunyai pengetahuan asas agar matlamat masyarakat tanpa tunai mencapai maksudnya. Selain mempermudahkan penyaluran sumbangan dilaksanakan, penggunaan akaun bank dilihat dapat menjadi kawalan dalaman ke arah menjadi pengguna bijak dalam berbelanja,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima menghadap Ketua Wilayah Utara Bank Rakyat, Tuan Haji Mohd Azmir Mohd Nasarudin dan Pengurus Cawangan Kangar, Tun Asrul Saini Wan Agil.

Turut bersama dalam pertemuan berkenaan ialah Pengurus Cawangan Arau,  Zuriani Abd Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE