Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis perlu mengorak langkah kearah pendigitalan - Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis perlu mengorak langkah kearah pendigitalan - Raja Perlis

Perlis perlu mengorak langkah kearah pendigitalan - Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 11 November 2020 08:38

KANGAR, 10 Nov  -- Sejajar dengan perkembangan pesat dunia digital, Perlis perlu mengorak langkah ke arah pendigitalan dengan lebih komprehensif dalam pelbagai aspek, titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah antara aspek utama perlu diberi perhatian adalah sistem penyampaian perkhidmatan awam, kehidupan komuniti, dan perniagaan, termasuk industri pelancongan.

"Tanpa disedari, kita sudah melangkah ke era digital dan kerajaan memang sentiasa bersedia untuk memudahcarakan urusan rakyat dan negara. Rakyat dan komuniti perniagaan juga sudah mula celik keperluan digitalisasi dalam kehidupan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian di majlis perasmian Pelan Digital Perlis 2021-2025 dan Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Perlis pada Konvensyen Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 2020 di sini hari ini. Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah Pelan Digital Perlis 2021- 2025 bertujuan untuk meletakkan asas yang kukuh dalam memacu dan melonjak ke arah Perlis Negeri Bandaraya yang pintar menjelang tahun 2030.

"Inisiatif model baharu Perlis Negeri Digital merupakan langkah strategik membuat transformasi Perlis sebagai Negeri Pintar serta memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran Perlis bagi mencapai wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030," titah baginda.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE