Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat dinasihat buat persiapan menghadapi banjir – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat dinasihat buat persiapan menghadapi banjir – Raja Muda Perlis

Rakyat dinasihat buat persiapan menghadapi banjir – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 24 November 2020 08:09

Walaupun tidak perlu panik, namun, rakyat yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi ditimpa musibah banjir pada penghujung tahun melalui pengalaman-pengalaman pada tahun sebelum ini dinasihatkan supaya membuat persiapan awal bagi menghadapinya.

Antara tips persediaan ‘Pra-Banjir’ yang wajar dilaksanakan mengikut keperluan keluarga masing-masing adalah peralatan perapung seperti jaket keselamatan, tong kosong ataupun pelampung dengan secukup dan selamatnya.

Pindahkanlah barang-barang ke tempat yang lebih tinggi dan selamat, sediakan ‘beg kecemasan khas’, simpan bekalan air bersih secukupnya dan sentiasa peka terhadap perkembangan dan berita terkini yang diumumkan dari masa ke semasa.

‘Bersedialah untuk menutup suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan juga gas. Berpindahlah dengan segera sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa, serta pastikan pintu dan tingkap rumah berkunci sebelum berpindah ke tempat selamat yang disediakan’.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengadakan tinjauan ke ‘Orang-Orang Village’ iaitu sebuah tempat penginapan baru dengan konsep menarik yang akan dibuka untuk disewa kepada orangramai tidak lama lagi di Kg. Long Boh, Simpang Empat.

Keberangkatan tiba baginda bersama-sama anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail disambut oleh pemilik dan pengusahanya, Mohd Azman Ali serta isteri.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengurus Wilayah 1 Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kangar, Zairizal Zainol.

Tuanku Raja Muda menambah bahawa, sebagai inisiatif ‘Rakyat Perlis Hidup Bersedia dan Berwaspada’, maka disarankan agar membantu membersih atau menolak sebarang sampah yang tersumbat atau mampu menghalang perjalanan air di parit kawasan masing-masing. Jika ada dilihat sumbat atau rimbunan sampah di sungai atau terusan yang belum sempat diselenggara oleh pihak-pihak yang berwajib, maka silalah melaporkan kepada mereka dengan pantas untuk tindakan sewajarnya.

Orang-Orang Village di ambil dari nama ‘Orang-Orang’ untuk menghalau makhluk perosak, sesuai kerana lokasi tempat penginapan tersebut yang terletak di tengah-tengah sawah padi. Ia mula dibina sendiri oleh pemiliknya pada bulan Januari 2020. Buat masa ini sudah disiapkan 3 buah kabin dan kafe. Menurut Azman, perancangan selanjutnya ialah akan diwujudkan ruang galeri dan ‘outdoor art class’, sebuah kolam renang seluas 25×17 kaki dan kebun kecil bagi menanam pokok herba serta pohon tin.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE