Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPS salur RM4.3 juta bantuan persekolahan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPS salur RM4.3 juta bantuan persekolahan

MAIPS salur RM4.3 juta bantuan persekolahan

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 27 November 2020 10:14

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukan zakat bagi bantuan persekolahan di negeri ini berjumlah RM4.3 juta bagi tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya sekitar RM3.9 juta.

Agihan tersebut akan memberikan manfaat kepada 8,666 pelajar merangkumi 5,263 orang murid sekolah rendah dan 3,403 orang pelajar sekolah menengah di seluruh Perlis.

Jumlah tersebut adalah tidak termasuk dengan penerima dari kalangan pelajar sekolah agama rakyat yang turut akan disalurkan bantuan secara berasingan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, setiap pelajar terbabit akan menerima sumbangan RM500 yang akan disalurkan melalui kerjasama pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh sekolah negeri ini.

“Ia merangkumi bantuan RM200 untuk pakaian sekolah dan buku yang akan diurusakan oleh pihak sekolah dan sumbangan RM100 yang akan diamanahkan kepada ibu bapa pelajar atau penjaga.

“Selain itu, RM200 untuk pelaksanaan aktiviti kecemerlangan pendidikan dan sahsiah yang akan ditadbir oleh pengurusan sekolah melalui kerjasama PIBG. Program berkenaan hendaklah untuk manfaat kepada pelajar yang terlibat sahaja,” titah baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan MAIPs 2021 di Dewan Sri Pulai, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis di sini hari ini.

Berangkat sama pada majlis tersebut, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah JPN negeri, Naharudeen Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran MAIPs, Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Seterusnya, Tuanku Syed Faizuddin mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih atas kerjasama pihak pengurusan sekolah, barisan guru serta pihak PIBG seluruh Perlis yang turut terlibat menjayakan proses mengenalpasti dan melaksanakan agihan bantuan kepada para pelajar ini. -UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE