Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis hargai semangat anggota PGA n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis hargai semangat anggota PGA

Raja Muda Perlis hargai semangat anggota PGA

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 30 November 2020 08:36

Raja Muda Perlis hargai semangat anggota PGA

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menghargai komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh seluruh anggota Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara.

Baginda mendoakan agar seluruh warga kerja pasukan tersebut serta seisi keluarga mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat, dilanjutkan usia serta dipermudahkan segala urusan.

Dalam masa yang sama, baginda turut merakamkan ucapan takziah kepada isteri mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, atas pemergian suaminya itu yang terkorban semasa menjalankan tugas.

“Sesungguhnya pemergian mendiang merupakan kehilangan besar buat kita semua. Pengorbanan mendiang dan segala jasa bakti yang dicurahkan oleh mendiang amatlah dihargai dan akan dikenang.

“Mendiang merupakan wira negara yang sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis penyerahan mesin penapis air sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk kegunaan para anggota PGA di kawasan Pos PGA Bukit Putih, Kuala Perlis di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintenden Rosman Kasman; Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.-UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE