Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Komitmen Jitu Warga Rejimen Wataniah Dituntut n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Komitmen Jitu Warga Rejimen Wataniah Dituntut

Komitmen Jitu Warga Rejimen Wataniah Dituntut

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 08 Disember 2020 08:30

Bagi memenuhi matlamat Tentera Darat Malaysia (TDM), segenap peringkat di dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) hendaklah sentiasa berusaha keras untuk terus mengekalkan peranan dan tugasnya iaitu ‘To raise, Train and Maintain’ anggotanya. Ini memerlukan komitmen jitu dari semua bagi merealisasikan hasrat ini.

Dalam usaha memperkasakan Rejimen Askar Wataniah juga, lebih banyak usaha dan promosi yang dipelbagaikan hendaklah dilaksanakan. Rejimen Askar Wataniah juga amat mengalu-alukan dan memerlukan lebih ramai penyertaan belia dan beliawanis dari agensi kerajaan dan swasta ke dalam pasukannya termasuklah IPTA dan IPTS setempat.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri majlis ‘R504AW Integration & Appreciation Nite 2020’ anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah yang diadakan di Denai Larian JPS Sungai Perlis, Pengkalan Asam Kangar.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE