Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Elak jadi mangsa penipuan dalam talian – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Elak jadi mangsa penipuan dalam talian – Raja Muda Perlis

Elak jadi mangsa penipuan dalam talian – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 22 Disember 2020 08:13

KANGAR, 20 Dis -- Masyarakat diingatkan  supaya jangan terlalu mudah untuk percaya kepada orang yang tidak dikenali dan sentiasa wujudkan syak wasangka bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda menasihati orang ramai agar melakukan pemeriksaan atau pengesahan dengan pihak berkaitan seperti pihak bank dan Polis terlebih dahulu sebelum memberi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini, baginda bertitah jangan sesekali beri pinjam akaun bank sendiri kepada orang lain, atau menjadi ‘keldai akaun’.

“Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan diminta agar tidak memadam sebarang bentuk komunikasi dengan penjenayah penipuan seperti email, khidmat pesanan ringkas (SMS), aplikasi WhatsApp, log panggilan telefon dan sebagainya untuk memudahkan proses siasatan polis,” titah baginda.

-- BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE