Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis titah graduan KUIPs harus mampu perjelas konsep, perincian ibadah khusus n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis titah graduan KUIPs harus mampu perjelas konsep, perincian ibadah khusus

Raja Perlis titah graduan KUIPs harus mampu perjelas konsep, perincian ibadah khusus

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 24 Disember 2020 07:58

Graduan keluaran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) hendaklah berupaya menerangkan prinsip, konsep dan perincian ibadah khusus dalam Islam dengan dalil-dalil yang kukuh.

Begitulah hasrat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mengharapkan agar pengajian di KUIPs akan benar-benar dapat memantap pengajian ibadah yang berteraskan dalil yang sahih dari segi penghujahan ilmiahnya.

Ertinya, KUIPs perlu menjadi pusat Pengajian Islam yang luas kesarjanaannya dalam mengkaji serta memahami Al-Quran dan Sunnah berdasarkan disiplin keilmuan yang kukuh

Pengajian Islam di KUIPs juga hendaklah diadun dengan penuh kematangan di sudut keteguhan manhaj atau methodologi ilmu, keluasan kajian dan penilaian yang kritis. Di masa yang sama komited terhadap integrasi ilmu dari pelbagai bidang yang diperlukan dalam kehidupan manusia.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri program ‘Rakyat Di Hati’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Kolej Kediaman KUIPs, Seberang Ramai, Kuala Perlis baru-baru ini.

Keberangkatan baginda disambut oleh Rektor, Datuk Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Haji Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif (MAIPs) Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs lagi, kolej universiti milik penuh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenaan juga diharapkan akan mampu melahirkan para ilmuwan yang memiliki keteguhan ilmu pengajian Islam secara luas, matang, progresif, visionari dan mampu merealisasikan mesej Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan sejagat dan dapat membina peradaban yang terhormat.

Sempena program tersebut baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan Mesin Penapis Air MAIPs untuk dimanfaatkan oleh para pelajar yang ditempatkan di Cafe KUIPs.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE