Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kongsi minat, hobi melalui galeri – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kongsi minat, hobi melalui galeri – Raja Muda Perlis

Kongsi minat, hobi melalui galeri – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 30 Disember 2020 09:13

“Berkunjung ke ‘Galeri Seni Piring Hitam’ milik persendirian Mushtari Mohamad yang terletak di Taman Sena Indah, Kangar bukan hanya menggamit kembali memori di masa lalu malah kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini’.

Orang ramai di negeri Perlis yang memiliki sebarang hobi yang tersendiri dan berkemampuan samada secara individu ataupun berkongsi dengan rakan-rakan digalakkan untuk mengikut langkah Mushtari dengan berkongsi minat dan koleksi mereka untuk dipamerkan di galeri masing-masing contohnya koleksi permainan kanak-kanak, setem, mancis, botol, kenderaan serta barangan antik dan sebagainya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah mengadakan kunjungan ke galeri berkenaan sempena program ‘MAIPs Peduli Kali Ke 72 bagi tahun 2020’ di sekitar kawasan Kangar, Perlis.

Menurut Musthari, 48, galeri yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi itu mempamerkan koleksi peribadi beliau dan juga arwah bapanya.

Terdapat hampir 5,000 koleksi piring hitam, CD, kaset dan album di sini. Setiap satunya memiliki keunikan yang tersendiri. Beliau menyambung minat dan hobi arwah bapanya yang sememangnya gemar mengumpul barangan berkaitan muzik sejak beliau kecil lagi.

Musthari menambah bahawa penubuhan galeri tersebut adalah untuk berkongsi minat dengan sesiapa sahaja yang memiliki hobi yang sama. Inilah merupakan salah satu cara untuk beliau mengekalkan memori terutamanya ganerasi terdahulu agar terus dikenali dan dihargai oleh generasi hari ini.

‘Anak-anak kita mungkin tidak lagi mengenali dan pernah melihat peranti muzik pada zaman dahulu di mana hari ini ianya digantikan dengan peranti yang lebih canggih, secara digital dan boleh didapati di alam maya’.

Jelas Mushtari lagi, semua koleksi ini mempunyai nilai estetika dan memori yang tersendiri. Hanya mereka yang berminat sahaja akan faham keseronokan memiliki koleksi klasik sebegini.

‘Bagi sesiapa yang berhasrat untuk mengunjungi galeri ini bolelah membuat temujanji dengan beliau terlebih dahulu sebelum tiba dan hanya 4 hingga 5 orang sahaja dapat dibenarkan berada dalam galeri pada satu-satu masa berikutan ruangannya yang terhad dan bagi mematuhi segala SOP yang ditetapkan dalam usaha kita sama-sama memerangi penularan COVID-19’, terang beliau.

Bersempena program tersebut juga Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan singgah di tiga buah rumah asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Masjid Alwi Kangar bagi menyantuni dan menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat daripada pihak MAIPs.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE