Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis lancar Program Pengindahan dan Kempen Rakyat Perlis Hidup Bersih n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis lancar Program Pengindahan dan Kempen Rakyat Perlis Hidup Bersih

Raja Muda Perlis lancar Program Pengindahan dan Kempen Rakyat Perlis Hidup Bersih

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 30 Disember 2020 09:14

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan ‘Fasa Pertama Program Pengindahan dan Kempen Rakyat Perlis Hidup Bersih’ anjuran Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Perlis bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) peringkat Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis pada petang semalam.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Puteri Sharifah Farah Adriana.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Bahagian Kewangan yang menanggung tugas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp, Ummi Kalthum Shuib dan Pengarah SWCorp Negeri, Shamsuharizal Basir.

Turut hadir ialah Pengurus Jualan Sissons Malaysia True Colour Painting Solution Sdn Bhd, Hoo Chuan Heng dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Program ini melibatkan kolaborasi bersama pelbagai jabatan dan agensi Negeri dan Persekutuan, Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), para sukarelawan serta juga masyarakat setempat.

Inisiatif memperindahkan Kampung Seberang Ramai ini adalah bertujuan untuk menjadikannya sebagai contoh kepada masyarakat setempat dan meningkatkan lagi kesedaran awam dan amalan 3R. Antara aktiviti-aktiviti penambahbaikan dan pengindahan kampung yang dilaksanakan adalah mengecat dan mempercantikkan laluan serta lorong berkonsepkan 3R dan dipasang ‘papan-papan tanda’ mengenai kempen kesedaran awam serta ‘Program Trash To Cash’.

Tuanku Raja Muda yang mengilhamkan idea program ini bersama-sama Tuanku Raja Puan Muda dan juga anakanda-anakanda baginda turut berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran perancangan mendirikan sebuah struktur arca yang disumbangkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di samping turut menyaksikan penyampaian ‘Sijil Rakan SWCorp’ dan juga ‘Sijil Ikon Kebersihan’.

Apabila siap sepenuhnya inisiatif fasa pertama ini menjelang penghujung bulan Januari 2021 yang akan datang nanti, adalah dijangkakan Kg Seberang Ramai Kuala Perlis ini dijangka akan menjadi satu lagi lokasi pelancongan yang mesti dilawati apabila seseorang itu berkunjung ke negeri Perlis.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE