Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Titah Tekankan IMPAK n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Titah Tekankan IMPAK

Raja Muda Titah Tekankan IMPAK

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 03 Februari 2021 11:06

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan memberikan penekanan kepada kepentingan “IMPAK” dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Tambah baginda, ‘Dalam bengkel ‘Perancangan Strategik UniMAP 2025’ yang lalu Naib Canselor universiti iaitu Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad telah menggariskan segala apa yang dimaksudkan dengan ‘IMPAK’ selain daripada maknanya itu sendiri yang sinonim dengan maksud “keberhasilan dan kesan”.

Justeru, terang Tuanku Raja Muda:-

I : merujuk kepada ‘INSAN’ dengan melahirkan insan baik dan berpengetahuan,

M : merujuk kepada ‘MURNI’ iaitu nilai-nilai murni, kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati,

P : merujuk kepada ‘Proses Pengurusan Yang Cekap melalui transformasi digital,

A : merujuk kepada ‘’Antarabangsa’ yakni pengiktirafan antarabangsa, dan

K : merujuk kepada ‘Komuniti’ dengan menyumbang kepada komuniti; masyarakat dan juga industri.

Demikian menurut siaran media UniMAP bersempena keberangkatan baginda selepas menerima sembah mengadap awal tahun oleh Pengerusi Lembaga Pengarah universiti, Raja Datuk Azwane Raja Ariff di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Kampus Pauh Putra sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di negeri ini baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor juga berharap semoga segala tindak-tanduk warga UniMAP secara keseluruhannya akan sentiasa berlandaskan ‘IMPAK’ yang dititahkan.

‘Fokus kepada ‘IMPAK’ dan dengan izin Allah swt, akan membawa universiti ini kepada kecemerlangan demi kesejahteraan hidup masyarakat di sekeliling dan Malaysia amnya’ titah baginda.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE