Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kes kanser meningkat di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kes kanser meningkat di Perlis

Kes kanser meningkat di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 05 Februari 2021 16:00

ARAU: Kes berkaitan penyakit kanser di negeri ini semakin meningkat berdasarkan data hasil Laporan Pendaftaran Kanser Perlis 2012-2016.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara kanser utama yang melibatkan golongan lelaki di Perlis adalah kanser usus besar, kanser paru-paru dan trakea, diikuti oleh kanser limfoma (kelenjar limfa) dan kanser prostat.

Baginda bertitah, bagi golongan wanita pula, kanser payudara merupakan kanser yang tertinggi diikuti oleh kanser usus besar, kanser serviks, kanser di bahagian uterus dan ovari serta kanser paru-paru dan limfoma.

“Selain itu, kajian juga mendapati bahawa tabiat merokok terbukti menjadi punca utama kepada semua jenis kanser terutamanya kanser paru-paru dan saluran trakea.

“Tabiat merokok adalah sama sekali dilarang bagi penganut agama Islam dan patut dihentikan. Hal ini juga dapat membantu mengurangkan peningkatan kanser dalam kalangan lelaki,” titah baginda di sini hari ini.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, ketepatan data merupakan sumber yang amat penting supaya pihak pakar dapat merancang bentuk perkhidmatan perubatan diberikan pada masa akan datang bagi membendung masalah ini menjadi lebih teruk.

“Justeru, kita juga perlu melihat apakah impak daripada peningkatan kes kanser dalam masyarakat. Kanser akan memberikan kesan mendalam terhadap keluarga seperti berlakunya kehilangan mata pencarian apabila ketua keluarga diserang penyakit tersebut.

“Ini seterusnya memberi kesan kepada ahli keluarga yang terpaksa menjaga pesakit yang memerlukan penjagaan sepenuh masa, hilang peluang pekerjaan dan pendidikan, tekanan perasaan, gangguan emosi serta akan memberi kesan terhadap seluruh generasi,” titah baginda.

Oleh itu, sempena sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada setiap 4 Februari, baginda berharap agar kesedaran orang ramai mengenai beban penyakit kanser dapat ditingkatkan serta dibendung.

“Tema tahun ini iaitu, ‘Saya Akan Dan Saya Boleh’(I Am and I Will) merupakan kata semangat untuk menggalakkan komitmen peribadi yang mempunyai kuasa dalam menentukan tindakan seseorang individu. Tindakan seseorang pada masa kini akan memberi impak pada masa hadapan,” titah baginda. -UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE