Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Laksana Program Mantapkan Agihan Zakat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Laksana Program Mantapkan Agihan Zakat

MAIPs Laksana Program Mantapkan Agihan Zakat

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 10 Februari 2021 12:15

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperkenalkan beberapa inisiatif baharu dalam memantapkan lagi agihan zakatnya di negeri ini.

Manfaat ini telah terzahir antaranya dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif melalui kolaborasi Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) yang menawarkan peluang-peluang latihan dan penempatan pekerjaan selain pelaksanaan ‘Program Peningkatan Sosio Ekonomi Asnaf’ ke arah mengeluarkan golongan tersebut dari belenggu kemiskinan.

Pelaksanaan Program Transformasi Kampung Seberang Ramai di Kuala Perlis juga turut sudah dimulakan sejak pertengahan bulan Disember lalu pada peringkat fasa pertama sebagai usaha dalam membantu komuniti berkenaan melaksanakan perubahan positif dalam kehidupan masing-masing.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 10 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah Masjid Negeri Arau melalui amilnya, Haji Hamzah Hussin semalam.

Ia diadakan bersempena program Hijrah Minda MAIPs yang diadakan di masjid berkenaan.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) juga memaklumkan bahawa MAIPs turut melestarikan agihan bantuan dalam bidang Pendidikan dan juga Kesihatan demi melebarkan lagi kesejahteraan kepada seluruh rakyat.



Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE