Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Sekeluarga Titah Selamat Tahun Baru Cina n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Sekeluarga Titah Selamat Tahun Baru Cina

Raja Muda Perlis Sekeluarga Titah Selamat Tahun Baru Cina

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 Februari 2021 08:27

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda iaitu Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail menitahkan ucapan selamat bergembira bersama-sama seisi keluarga terdekat kepada semua rakyat Negeri Perlis berketurunan Tionghua yang menyambut ‘Tahun Baru Cina’ pada hari jumaat 12 Februari 2021 dengan harapan semoga semangat kasih sayang, saling menghormati, bertolak ansur dan perpaduan terus mekar segar dan sentiasa dipertambah baik di kalangan masyarakat majmuk di negeri hebat lagi bertuah ini.

Pada masa yang sama, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini, maka baginda berdua telah menitipkan bingkisan sumbangan tahun baru beserta pelitup separuh muka kepada 18 orang penghuni Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit yang juga dikenali sebagai Rumah Orang-Orang Tua Kaki Bukit yang terletak di Pekan Lama Kaki Bukit, Perlis sebagai tanda ingatan. Penasihat Jawatankuasa Pusat Jagaan berkenaan, Datin Ong Kim Leng mempersembahkan ucapan setinggi menjunjung kasih di atas keprihatinan baginda berdua.


 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE