Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pengambilan garam berlebihan punca hidap darah tinggi n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pengambilan garam berlebihan punca hidap darah tinggi

Pengambilan garam berlebihan punca hidap darah tinggi

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 Mac 2021 10:48

ARAU : Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, mendapati setiap seorang daripada tiga penduduk negara ini menghidap penyakit darah tinggi dan yang berpunca daripada pengambilan garam yang berlebihan.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim memberitahu, pengambilan garam secara berlebihan itu boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi dan jika tidak dikawal boleh meningkatkan risiko serangan strok dan jantung.

“Data ini adalah setara dengan bebanan darah tinggi dalam kalangan penduduk di negeri Perlis iaitu sebanyak 29.9 peratus,” katanya pada majlis penyerahan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada asnaf yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Masjid Al-Ikram Kampung Sena di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 25 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah masjid tersebut menerima sumbangan zakat itu.

Sementara itu, sempena sambutan minggu kesedaran garam sedunia 2021, Tuanku Syed Faizuddin mengajak seluruh rakyat supaya bertindak dan membuat perubahan yang mudah untuk mengelakkan pengambilan garam berlebihan dalam kehidupan seharian.

“Tindakan ini amatlah penting sebagai satu usaha dalam mencegah dan mengawal penyakit darah tinggi dan komplikasinya serta dapat mengurangkan kematian pra-matang dalam kalangan rakyat di Malaysia dan khususnya di negeri Perlis,” titah baginda.

Untuk rekod, minggu kesedaran garam sedunia disambut secara glabal pada setiap tahun pada Mac.

Pada tahun ini, pertubuhan World Action on Salt, Sugar and Health (WASSH) menetapkan minggu kesedaran garam tersebut disambut pada 8 hingga 14 Mac tahun ini dengan bertemakan More Flavour, Less Salt atau ‘tambah perisa asli, sedikit garam mencukupi. – UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE