Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Agih Pelitup Muka Semua Masjid di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Agih Pelitup Muka Semua Masjid di Perlis

MAIPs Agih Pelitup Muka Semua Masjid di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 21 April 2021 12:01

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan 22,500 keping pelitup separuh muka kepada masjid-masjid di seluruh negeri Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan juga sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz di negeri ini dalam satu ‘Majlis Pengurniaan Agihan CSR Face Mask’yang diadakan di Masjid Al-Munawwarah, Mata Ayer.

Agihan tersebut adalah yang diterima oleh MAIPs hasil daripada pelbagai sumber penyumbang khususnya daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis melalui kerjasama strategiknya dengan Simson Trading Sdn Bhd dan juga Konsortium BUMITA-NEPTA.

Di majlis tersebut Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyerahkan pelitup muka berkenaan kepada Imam Besar Negeri Perlis, Hj. Ahmad Sirajuddin Abdul Sattar mewakili semua masjid (10,000 keping), Timbalan Rektor Akademik & Antarabangsa KUIPs Profesor Madya. Dr. Mohd Akram Datuk Dahlan untuk KUIPs (7,500 keping) dan juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Haji Hazman Hassan bagi sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz (5,000 keping).

Hadir sama ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Siti Berenee Yahaya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Di akhir program baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 30 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid tersebut selain masing-masing turut menerima sekotak bantuan pek makanan sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Perlindungan dan Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (YPKPJM).

Menyentuh mengenai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) selepas majlis tersebut, baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor menitahkan rasa syukur kerana kolej universiti milik penuh MAIPa yang beroperasi di Seberang Ramai Kuala Perlis itu semakin mendapat sambutan permohonan pendaftaran pelajarnya dari dalam dan luar negara khususnya bagi Fakulti Al-Quran dan Sunnah walaupun isnya baru sahaja dibuka.

Tuanku Raja Muda juga berharap agar KUIPS akan terus maju dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar serta masyarakat dan sentiasa subur sebagai sebuah pusat gedung ilmu yang mensyiarkan agama Islam. KUIPs juga hendaklah mampu menjadi mimbar cahaya yang menerangi dunia ilmu di negara ini dan di dunia Islam keseluruhannya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut yakin bahawa KUIPs akan terus cemerlang pada masa hadapan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang menyebarluaskan ilmu dan kefahaman berteraskan Islam serta mampu melahirkan graduan yang berperanan dalam mengembangkan ilmu Islam kepada seluruh umat.



Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE