Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis Bawa Mangkuk Tingkat Ke Bazar Ramadan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis Bawa Mangkuk Tingkat Ke Bazar Ramadan

Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis Bawa Mangkuk Tingkat Ke Bazar Ramadan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 21 April 2021 13:20

Sebagai salah satu usaha bagi mengelak pembaziran tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil membawa mangkuk tingkat ketika membeli juadah di bazar Ramadan di Kangar, hari ini.

Justeru baginda bertitah mengingatkan rakyat di Perlis supaya membawa sendiri bekas makanan seperti mangkuk tingkat semasa membeli juadah.

Titah baginda, budaya tersebut mampu memberi kesedaran kepada masyarakat agar membeli mengikut keperluan yang bukan sahaja mampu mengawal perbelanjaan sebaliknya mengelak pembaziran makanan.

“Selain itu, amalan itu juga dapat mengurangkan penjanaan sampah plastik selain kebersihan persekitaran dapat dipelihara.

“Ciri-ciri seperti ini melambangkan masyarakat bermentaliti kelas pertama,” titah baginda selepas mengunjungi bazar Ramadan Mata Ayer titah baginda. Dalam pada itu, besar harapan Tuanku Syed Faizuddin agar rakyat dapat mengikut jejak langkah tersebut.

“Diharapkan mesej ini dapat memberi kesan dalam kalangan pengunjung bazar agar membawa sendiri bekas untuk mengisi juadah makanan. Saya yakin amalan ini selari dengan matlamat kelestarian alam sekitar selain meningkatkan kualiti kehidupan,” titah baginda.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE