Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Agih Bantuan Fitrah Lebih RM4 Juta n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Agih Bantuan Fitrah Lebih RM4 Juta

MAIPs Agih Bantuan Fitrah Lebih RM4 Juta

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 21 April 2021 13:23

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan ‘Bantuan Fitrah’ berjumlah RM4,157,600 kepada seramai 10,394 orang penerima di negeri Perlis pada bulan Ramadan tahun ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan ‘Majlis Penyampaian Bantuan Fitrah MAIPs 2021 Masehi bersamaan 1442 Hirah & Imarah Ramadan’ yang diadakan di Masjid Muhammadiyah Guar Gajah, Arau.

Bantuan dipecahkan kepada lima zon terdiri daripada Timur RM804,800 (2012 penerima), Utara RM715,200 (1788 penerima), Tengah RM856,400 (2141 penerima), Selatan RM925,600 (2314 penerima) dan Barat RM855,600 (2139 penerima).

Hadir sama ke majlis tahunan tersebut ialah Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang turut menyampaikan tazkirah berjudul ‘Ganjaran Serta Kelebihan Solat Tahajud’ dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Selepas majlis tersebut Tuanku Raja Muda selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs mengulangi titah baginda mengalu-alukan sebarang cadangan membina secara terus kepada pentadbiran majlis daripada semua pihak sebagai pemegang taruh untuk mempertingkatkan lagi prestasi MAIPs baik daripada aspek pengagihan dan kutipan, proses mengenalpasti asnaf, cadangan penambahbaikan pengurusan serta melaporkan sebarang maklumbalas dan aduan berkaitan MAIPs, supaya misi dan visi MAIPs iaitu ’Menjunjung Syiar dan Memaju Ummah’ akan benar-benar tercapai.



Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE