Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Penyumbang zakat 'adiwira' tidak didendang - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Penyumbang zakat 'adiwira' tidak didendang - Raja Muda Perlis

Penyumbang zakat 'adiwira' tidak didendang - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 26 April 2021 07:12
KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap penyumbang zakat disifatkan sebagai 'adiwira' tidak didendang.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu bertitah penyumbang zakat menjadi tulang belakang dan kekuatan majlis dalam melaksanakan segala amanah kutipan serta agihan zakat.
"Keadaan hari ini semakin mencabar apabila COVID-19 melanda dunia, memberi kesan kepada ekonomi dan sosial rakyat dan ramai yang memerlukan bantuan," titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan MAIPs hari ini.
Menurut kenyataan itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyumbang Zakat Pendapatan MAIPs 2020 di Masjid Al-Maghfirah, Pauh, Sanglang di sini petang semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.
-- BERNAMA

 

 

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE