Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Golongan Rentas Negeri Ke Perlis Dilarang Solat Di Masjid n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Golongan Rentas Negeri Ke Perlis Dilarang Solat Di Masjid

Golongan Rentas Negeri Ke Perlis Dilarang Solat Di Masjid

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Mei 2021 09:52

Arau: Golongan bergejala dan berisiko mendapat jangkitan Covid-19 termasuk mereka yang sudah merentas negeri ke Perlis ditegah sama sekali menyertai solat Jumaat, solat fardu lima waktu dan semua aktiviti pengimarahan masjid.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, larangan berkenaan turut merangkumi keluarga yang tinggal serumah dengan mereka yang sudah merentas sempadan.

"Setiap ketua keluarga mestilah bertanggungjawab memastikan setiap ahli keluarga yang pulang sama ada dengan kebenaran ataupun tidak agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin diri supaya mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain akibat situasi Covid-19 yang kian meruncing di seluruh negara.

"Perkara ini termasuklah kes merentas sempadan negeri dengan kebenaran seperti urusan bekerja walaupun yang keluar masuk pada setiap hari atau hujung minggu, isu kematian, ziarah keluarga sakit dan sebagainya yang perlu diberikan perhatian oleh ketua keluarga agar tidak menjadi punca penularan tempatan.

"Malah, arus pertama kepulangan anak Perlis di perantauan adalah sebelum Aidilfitri baru-baru ini manakala arus kedua pula dijangka tiba apabila mereka yang bermastautin atau belajar di Perlis pula kembali dari kampung halaman masing-masing," titahnya selepas berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin, Oran, Mata Ayer, di sini semalam.

Baginda yang juga Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menitahkan agar pihak pengurusan masjid berhak membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi SOP.

"Pada masa sama, mereka yang berstatus PUI (Person Under Investigation), PUS (Person Under Surveillance) dan mereka yang memiliki risiko dijangkiti juga adalah tidak dibenarkan menghadiri sebarang aktiviti pengimarahan di masjid.

"Kita memberikan ruang kepada aktiviti pengimarahan masjid secara terhad dengan disyaratkan pematuhan ketat oleh semua jemaah dan ia mungkin boleh ditarik balik sekiranya tiada kerjasama dan kawalan daripada semua pihak," titah baginda.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor yang turut bersama baginda bersolat di masjid berkenaan berkata, sebagai langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengelakkan penularan wabak, pematuhan kepada semua SOP adalah diperketatkan.

"Semua jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhi SOP keselamatan dan kesihatan seperti memakai pelitup separuh muka, sentiasa melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter pada setiap masa dan membawa sejadah sendiri bersaiz standard.

"Selain itu, mereka juga harus mengambil wuduk sebelum ke tempat solat, tidak melaksanakan sebarang kontak fizikal seperti bersalaman serta melaksanakan rekod penjejakan sosial dengan mengimbas kod QR MySejahtera atau mendaftar pada buku," katanya.

 

Sumber daripada HMetro

 

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE