Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat perlu bersedia dan belajar ‘hidup’ dalam suasana Covid-19 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat perlu bersedia dan belajar ‘hidup’ dalam suasana Covid-19

Rakyat perlu bersedia dan belajar ‘hidup’ dalam suasana Covid-19

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 14 September 2021 10:07

ARAU: Rakyat negeri ini dinasihatkan mengambil langkah drastik untuk lebih bersedia dan belajar ‘hidup’ bersama Covid-19 kerana semua pihak harus menerima kenyataan bahawa virus tersebut telah menular di dalam komuniti.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, setiap individu, ahli keluarga dan masyarakat perlu mengamalkan kawalan kendiri lebih rapi serta melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan.

“Melihat kepada situasi semasa kadar jangkitan Covid-19 di peringkat kebangsaan mahupun di Perlis sendiri, semua pihak perlu menerima kenyataan bahawa wabak ini telahpun menular dalam komuniti kita hari ini.

“Yang paling utama adalah tanggungjawab sosial dan tingkah laku yang baik oleh setiap individu dalam mengamalkan kelaziman baharu serta terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak berwajib dari masa ke semasa.

“Hal demikian penting agar risiko jangkitan dalam masyarakat dapat dikurangkan ke tahap yang paling rendah,” titah baginda selepas berkenan berangkat menziarahi mangsa bencana ribut, Che Cafle Bidun di Jalan Bendang Baru Kampung Bunga Emas Timur, Simpang Empat di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyerahkan sumbangan wang tunai daripada MAIPs bagi meringankan beban mangsa terbabit.

Sebanyak empat buah rumah terlibat dalam kejadian angin kencang dua hari lalu iaitu tiga di kawasan Sanglang dan satu di Simpang Empat.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE