Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya pada Rabu dengan SOP ketat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya pada Rabu dengan SOP ketat

Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya pada Rabu dengan SOP ketat

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 19 September 2021 18:20

KANGAR, 19 Sept -- Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya mulai Rabu ini (22 Sept) dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketat.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hanya anak kariah yang telah melengkapkan vaksin COVID-19 akan dibenarkan hadir ke masjid.

“Maksud vaksin lengkap adalah selepas 14 hari dari tarikh menerima suntikan dos kedua bagi vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac.

“Bagi individu yang menerima vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino adalah selepas hari ke-28 selepas tarikh suntikan dos,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah sebagai langkah kawalan dan penyelarasan, surau atau tempat solat umun lain masih ditutup melainkan mendapat kebenaran khas MAIPs atau Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Baginda bertitah individu yang terlibat dengan aktiviti rentas sempadan tidak dibenarkan hadir ke masjid dalam tempoh dua minggu dari tarikh terakhir melakukan aktiviti itu dan semua jemaah yang hadir di masjid perlu mematuhi SOP keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.

Selain solat fardu dan solat Jumaat, aktiviti lain yang turut dibenarkan adalah solat jenazah, kuliah agama, ceramah, akad nikah dan jamuan makan dengan cara mengedar makanan yang siap dibungkus, titah baginda.

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE