Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs, YTF Anjur Program Seminar Wanita n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs, YTF Anjur Program Seminar Wanita

MAIPs, YTF Anjur Program Seminar Wanita

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 25 Oktober 2021 16:12

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) akan menganjurkan program seminar wanita secara dalam talian, Selasa ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, seminar sehari bermula pukul 9 pagi itu bagi memberi kesedaran kepada golongan wanita supaya sentiasa menyahut cabaran dan terus memperkasakan diri serta menyuntik kembali semangat juang golongan berkenaan.

“Meskipun ada yang dilanda masalah ketika pandemik Covid-19, golongan wanita terus dapat menyumbangkan peranan serta tenaga bagi pembangunan diri, keluarga, negeri dan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menziarahi dan menyampaikan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seorang asnaf, Sariah Subuh, 54, di Kampung Tepi Sungai, Jalan Padang Behor, di sini hari ini.

Sariah yang merupakan salah seorang penerima bantuan sara hidup berkala, bantuan perubatan dan bantuan bulanan MAIPs itu juga mengidap sakit kencing manis dan darah tinggi.

Yang hadir mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, Mohd. Nazim berkata, seminar berkenaan disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi MAIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Suara Sunnah Channel.

Katanya, seminar bertemakan ‘Women in Search of Excellence’ itu turut mendapat kerjasama agensi-agensi agama Islam yang lain di negeri ini termasuklah JAIPs dan Jabatan Mufti.

“Sesi pertama berjudul ‘Wacana ‘Ummahatul Mukminin, Suri Teladan Kecemerlangan Wanita’ yang akan disampaikan oleh pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Rozaimi Ramli.

“Sesi kedua yang bermula pukul 10.30 pagi pula ialah ‘Diskusi Sembang Santai Wanita & Pandemik’ yang akan dikongsikan oleh ahli panelis Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain, Datuk Dr. Jahizah Hassan dan Datuk Dr. Zaridah Shaffie sehingga pukul 12.15 tengah hari.

“Forum akan disambung semula pada pukul pukul 2.15 petang bertajuk ‘Wanita dan Peranan Kebangkitan Kecemerlangan Ummah Pasca-pandemik’ oleh Professor Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof Datin Dr. Raihana Haji Abdullah dan Pensyarah Kanan Jabatan Siasah Syar’iah, Akademi Pengajian Islam UM, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail,” katanya.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE