Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Seru Perkasa Diri Berdepan dengan Cabaran Pandemik n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Seru Perkasa Diri Berdepan dengan Cabaran Pandemik

Raja Muda Perlis Seru Perkasa Diri Berdepan dengan Cabaran Pandemik

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 31 Oktober 2021 19:53

Kangar – Situasi pandemik COVID-19 yang masih menular dalam kalangan masyarakat pada hari ini memberikan impak bukan sahaja terhadap aktiviti ekonomi, malahan aktiviti sosial masyarakat. Oleh itu, Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPS, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru umat Islam di seluruh dunia agar mempertingkatkan lagi potensi dan kekuatan diri dalam mendepani pandemik COVID-19 serta saling menyokong dalam mewujudkan kekuatan kepada peradaban dan ketamadunan manusia di persada dunia.

Sesungguhnya, wabak yang melanda dunia telah memberikan kesan yang begitu besar terhadap gaya hidup, corak perhubungan dan komunikasi serta nilai insan manusia.

Baginda turut bertitah bahawa setiap negara perlu memperkukuh keupayaan dan sistem penjagaan kesihatan masing-masing dalam usaha mengatasi wabak ini.

Keadaan tersebut mampu memberikan sinar dan harapan baharu kepada semua apabila penularan COVID-19 berjaya dikawal. Pelbagai bentuk pembangunan khususnya untuk ummah dan umat Islam di seluruh dunia dapat diteruskan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan titah demikian semasa baginda berkenan menyempurnakan perasmian Seminar Ummatan Wahidah Edisi ke-7 Tahun 2021 dengan kerjasama Majlis Agama Islam enam Wilayah Andaman, Thailand, iaitu Krabi, Phuket, Trang, Phang Nga, Ranong dan juga Satun pada malam tadi yang julung kalinya diadakan secara dalam talian melalui Facebook MAIPs.

Seminar Ummatan Wahidah 2021 pada malam tadi disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis dengan tajuk “Toleransi Islam dalam Suasana Muslim Masa Kini” dan kemudian disusuli dengan penampilan Ustaz Abdullah Akem selaku wakil Majlis Agama Islam enam Wilayah Andaman, Thailand dengan tajuk “Risalah Islam Agama Rahmat”. Moderator bagi seminar ini ialah Ustaz Mohd Rizal Azizan, iaitu Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIPs.

Seminar ini juga telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Facebook Suara Sunnah dan Facebook Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Sumber: Jendela DBP

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE