Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Semua muslim bersaudara, walaupun terpisah sempadan negeri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Semua muslim bersaudara, walaupun terpisah sempadan negeri

Semua muslim bersaudara, walaupun terpisah sempadan negeri

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 02 November 2021 19:22

Setiap Muslim adalah bersaudara meskipun terpisah antara negara, tidak kira sama ada golongan Muslim menjadi pihak majoriti atau minoriti di negara tersebut.

Ini adalah kerana umat Islam berada dalam satu kalimah tauhid iaitu ‘La Ila Ha Illallah Muhammadur Rasulullah’.

Demikian ucapan wakil dari Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman, Thailand, Ustaz Abdullah Akem ketika membicarakan tajuk “Risalah Islam Agama Rahmat” sempena Seminar Ummatan Wahidah Tahun 2021 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung secara dalam talian menerusi aplikasi Facebook Suara Sunnah dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta Majlis Agama Islam (MAI) 6 Wilayah Andaman, Thailand.

“Sepertimana saya yang menetap di Thailand di mana majoritinya beragama Buddha dan kami masyarakat Muslim menjadi golongan minoriti, tetapi dengan persaudaraan, kita mampu menjelaskan bab kasih sayang atau ukhwah Islamiyah antara satu sama lain.

“Ummah Wahidah yakni Ummah yang satu sebagai Umat Nabi Muhammad SAW telah membentuk sebuah persaudaraan Islam.

“Islam adalah agama rahmat yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW di mana baginda telah menerima Al-Quran dan agama Islam yang sampai kepada kita pada hari ini. Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk mengikuti sunnah Baginda SAW”, tambah beliau.

Abdullah, dalam ucapan beliau, turut memetik ayat 107 dari Surah Al-Anbiya’ yang bermaksud “Dan Kami (Allah) tidak mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”.

Beliau menghuraikan bahawa ayat tersebut memperkatakan tentang rahmat dan kasih sayang Allah SWT yang menyeluruh dan meliputi keseluruhan kehidupan termasuklah haiwan serta tumbuh-tumbuhan.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut menjayakan seminar tersebut ialah Mufti Perlis, Sahubus Samahah Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang membicarakan tajuk “Toleransi Islam Dalam Suasana Muslim Masa kini’ dan dikendalikan oleh Moderator Ustaz Mohd Rizal Azizan, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIPs.

Selain itu Abdullah berkata bahawa kerajaan Thailand telah memberikan kebebasan kepada umat Islam di negara itu untuk menguruskan sendiri perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam dan Majlis Agama Islam (MAI) berperanan mengajar serta membimbing mereka berkaitan ilmu agama.

Menurut beliau lagi, para pemimpin Islam di dalam Majlis Agama Islam di wilayah itu perlu berusaha mempelajari agama Islam dan mendalaminya bagi mengukuhkan lagi hal ehwal agama khususnya berkitan ilmu fiqah.

Beliau juga menyatakan harapan beliau agar negeri Perlis dan 6 wilayah Andaman ini akan saling membantu, berkongsi ilmu dan menyokong usaha memperkasakan lagi hal ehwal agama Islam di rantau ini.

Terdahulu, dalam titah perasmian, Tuanku Raja Muda menitahkan bahawa kekuatan perkongsian, antara kedua-dua pihak Perlis dan Andaman perlu diketengahkan sama ada dari sudut ekonomi, dakwah, pendidikan, bahasa dan sebagainya, demi merealisasikan hasrat kemakmuran bersama.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE