Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerjasama Siapkan Projek-Projek Berimpak Tinggi Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kerjasama Siapkan Projek-Projek Berimpak Tinggi Perlis

Kerjasama Siapkan Projek-Projek Berimpak Tinggi Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 04 November 2021 20:26

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak bertanggungjawab memberikan kerjasama dalam pelaksanaan projek berimpak tinggi yang sedang rancak membangun di negeri ini.

Dalam masa sama, baginda menekankan kepentingan kerjasama daripada semua pihak bagi memastikan perancangan serta pembangunan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Terdapat beberapa projek berimpak tinggi yang sedang dirancang dan dalam pembangunan antaranya ialah Pelabuhan Darat Perlis, Kawasan Pembangunan Lembah Chuping (CVIA), Lembah Agro Chuping dan Jeti Bersepadu Sanglang.

“Sekiranya semua terlaksana seperti yang dirancang, projek-projek tersebut dapat memberi manfaat besar pada rakyat, negeri dan secara tidak langsung pada negara terutama sekali daripada segi pembangunan sosio ekonomi,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan meninjau pejabat tapak cadangan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu Perlis di Seriab yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2023, di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan mendengar taklimat dari Pengarah Urusan Uzaimin Enterprise (Alor Setar) Sdn Bhd, Mohd Nor Mohd Ali selaku kontraktor utama mengenai perkembangan terkini projek tersebut.

Baginda bertitah, sumbangan dan kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting bagi memudah cara dan menjayakan pelaksanaan projek-projek tersebut.

Sumber daripada UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE