Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Rancang Projek Berimpak Di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs Rancang Projek Berimpak Di Perlis

MAIPs Rancang Projek Berimpak Di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 06 November 2021 22:24

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sedang merancang dan melaksanakan beberapa projek berimpak di negeri Perlis.

Selain projek pembangunan Kampus Tetap Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Sungai Chuchoh, MAIPs juga turut memberi tumpuan kepada projek pembinaan Kompleks Pengurusan dan Asnaf MAIPs.

Sehubungan dengan itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs, menggesa semua pihak terlibat agar memberikan fokus penuh bagi menjayakan dan melancarkan proses pembangunan tersebut.

“Selain itu, MAIPs turut merancang beberapa projek fizikal dan bukan fizikal lain melalui Dokumen Pelan Agihan Holistik MAIPs 2.0 di bawah Pelan Strategik MAIPs 2021 – 2025,” titah baginda lagi.

“Rancangan tersebut melibatkan beberapa kluster seperti Sosio Ekonomi Asnaf, Pendidikan, Dakwah, Penempatan, Kesihatan dan Pembangunan Amil,” titah Tuanku Syed Faizuddin selepas berkenan berangkat melawat bengkel Syarikat Batik Inderawasih yang terletak di Kariah Perawah, KM6 Jalan Dato Kayaman semalam. Keberangkatan baginda disambut oleh pengusahanya, Mohd Daud Ahmad Fuat dan Zarina Salleh.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Mufti Perlis Dato Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Sumber daripada SUARA MERDEKA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE