Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Utamakan Keselamatan Nyawa Pasca Banjir – RMPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Utamakan Keselamatan Nyawa Pasca Banjir – RMPs

Utamakan Keselamatan Nyawa Pasca Banjir – RMPs

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 06 November 2021 22:28

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan mangsa banjir akibat air pasang besar supaya mengutamakan keselamatan nyawa diri dan ahli keluarga ketika dan seusai berlakunya kejadian.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan singgah meninjau lokasi air pasang besar yang melanda Kuala Perlis pada tengah malam semalam di Dataran Semarak, Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis tengahari tadi.

Mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda turut bertitah, sejurus air surut, mangsa hendaklah terus memeriksa keselamatan saluran gas, wayar dan peralatan elektrik yang telah tenggelam. Juga periksalah barang-barang yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk ke dalam rumah.  Terdahulu daripada itu baginda berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada asnaf, Siti Hawa Bakar, 69 tahun yang tinggal bersama anaknya di Kampung Bangsal Lebah yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup MAIPs. Beliau mengidap sakit kencing manis dan hasil pendapatan keluarga adalah dari anak tersebut yang meniaga secara online.

Sumber daripada SUARA MERDEKA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE