Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jabatan Kehakiman Perlis bangun kaedah pengiraan faraid n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jabatan Kehakiman Perlis bangun kaedah pengiraan faraid

Jabatan Kehakiman Perlis bangun kaedah pengiraan faraid

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 11 November 2021 15:21

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merakam penghargaan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri kerana berjaya membangunkan Sistem eFaST berkenaan kaedah pengiraan faraid selapis.

Titah baginda dengan terbinanya sistem eFaST ia dapat meningkatkan lagi keprihatinan waris dalam pengurusan harta pusaka keluarga mereka.

“Sistem ini pastinya akan memudahkan ahli waris untuk mendapatkan perintah faraid dalam tempoh masa yang lebih singkat.

“Dan menggalakkan ahli waris untuk segera tampil ke hadapan bagi menyelesaikan isu pembahagian harta pusaka dalam tempoh yang sewajarnya,” titah baginda pada kenyataan hari ini.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) akan menganjurkan ‘Faraid Simple Tier (eFaST) secara atas talian pada Khamis ini, dari Dewan Utama, Kompleks Darul Qada’ dan dirasmikan Raja Muda Perlis.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis berharap pegawai dan kakitangan JKSNPs sentiasa memberi perkhidmatan terbaik serta ikhlas kepada rakyat Perlis.

“Bersama-samalah membantu memikul peranan dalam pembangunan ummah dengan sebaik mungkin,” titah bagida. 

Sumber: HARAKAHDAILY 9/11/2021

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE