Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masjid berteknologi hijau dibuka di Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Masjid berteknologi hijau dibuka di Perlis

Masjid berteknologi hijau dibuka di Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 15 November 2021 15:23

KANGAR : Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (MTSFPJ) di Jalan Kuala Perlis di sini, yang baru sahaja siap dibina dan bakal dilengkapi teknologi hijau dibuka untuk kegunaan anak kariah dan orang ramai bermula solat Subuh kelmarin.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalan satu kenyataan memaklumkan, pihaknya membenarkan untuk mengadakan solat fardu dan solat Jumaat di bangunan baharu berkenaan dengan syarat-syarat ia hendaklah dilaksanakan oleh imam yang dilantik oleh MAIPs. 

“Selain itu, kariah dan orang awam haruslah mematuhi garis panduan dan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIPs dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. 

“Masjid yang dicat berwarna kuning dan berkubah rekaan ala Rusia dengan pemandangan indah dan suasana tenang serta bakal dilengkapi teknologi hijau melalui kerjasama dengan Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) dan Pusat Pengurusan Tenaga dan kampus Lestari Universiti Malaysia Perlis (Unimap),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat menyaksikan penyerahan surat kebenaran yang diserahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Takmir JAIPs mewakili Pengarah JAIPs, Ameer Ikhwan Zaini kepada Pengerusi merangkap imam masjid itu, Kamarudin Talib.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada  28 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid tersebut dengan jumlah keseluruhan RM11,200 dan masing-masing menerima sebanyak RM400 seorang.

SumberUTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE