Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis destinasi pelancongan santai dan tenang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis destinasi pelancongan santai dan tenang

Perlis destinasi pelancongan santai dan tenang

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 16 November 2021 15:25

Perlis adalah destinasi pelancongan yang amat sesuai bagi pelawat yang ingin mengalami gaya hidup tenang dan percutian santai kerana negeri ini kaya dengan alam semulajadi. Dengan suasana desa, keindahan hutan dan gua, serta sawah yang menghijau, ia boleh menjadi tarikan pelancong tempatan mahupun luar. Oleh itu, Perlis mempunyai potensi yang besar untuk menjadi antara destinasi ekopelancongan yang dikenali di Malaysia.

Taman Negeri Perlis misalnya merupakan salah satu destinasi ekopelancongan yang menarik, serta terdapat pelbagai potensi. Antaranya kekayaan flora dan fauna memberi peluang kepada mereka yang ingin melakukan penyelidikan berkaitan bidang ekologi serta sistem pendidikan boleh dijalankan di peringkat menengah dan tertiari dengan aktiviti khas atau pengalaman untuk kanak-kanak, dan juga pelajar.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan majlis penutupan ‘Karnival Santai 2021 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis’ yang diadakan di Pusat Sukan politeknik berkenaan di Pauh Putra.

Keberangkatan tiba baginda dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang diiringi anakanda-anakanda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Sharifah Farah Adriana Jamalullail disambut oleh Pengarah PTSS Perlis, Abdul Malek Hassan serta para pensyarah pembimbing.

Karnival tersebut yang berkonsepkan tema ‘Hawaii’ dianjurkan oleh para pelajar Semester Akhir, Diploma Jurusan Pengurusan Acara, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, pelaksanaan program ini dilihat begitu tepat sekali kerana para pelajar diberikan peluang menganjur dan mengendalikan sendiri acara yang dirancang bertepatan apa yang diterapkan di dalam kursus Diploma Pengurusan Acara selama 3 tahun di PTSS Perlis ini.

Tambah Tuanku Raja Muda, karnival ini membawa impak yang positif kepada pelajar dalam mengamalkan budaya sihat di dalam kampus. Para pelajar digalakkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti sampingan di luar kelas. Karnival ini juga telah membuktikan keupayaan pelajar PTSS Perlis khasnya dalam jurusan Pengurusan Acara untuk mengendalikan sesuatu program dengan baik.

‘Karnival Santal 2021’ ini merupakan satu program yang melibatkan pensyarah, staf dan pelajar PTSS Perlis. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sehari suntuk seperti Fun Walk, Teh Tarik Competition, Kayak Competition, Sukan Rakyat, Sayembara Bakat Pelajar dan lain-lain lagi bertujuan mengeratkan hubungan, memupuk kerja berpasukan dan mengamalkan gaya hidup sihat di samping memenuhi keperluan kursus pelajar-pelajar ini untuk mengendalikan acara.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE