Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Langkah kecemasan perlu dipraktikkan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Langkah kecemasan perlu dipraktikkan – Raja Muda Perlis

Langkah kecemasan perlu dipraktikkan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 18 November 2021 08:55

Pastikan jeriji boleh dibuka ketika kecemasan dan kunci diletakkan di tempat yang senang dilihat ketika kecemasan khususnya jika berlaku kebakaran.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan meninjau dan seterusnya menyampaikan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada mangsa bencana kebakaran rumah iaitu Wan Azmir Wan Salim, 36 tahun yang tinggal seorang diri di Kg Panggas. Kebakaran berlaku pada jumaat, 12 November 2021 baru-baru ini disyaki berpunca dari lebihan beban letrik pada satu set plug yang digunakan dengan tempoh masa yang terlalu lama atau tidak di tutup (off).

Keberangkatan baginda adalah bersempena program ‘MAIPs Peduli Khas Covid-19 Bagi Menjejaki dan Menyantuni Asnaf Bilangan ke 45 bagi tahun 2021’.

Selain rumah Wan Azmir, Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan singgah dan menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM700, beras fidyah dan juga ‘Kit bahan makanan mentah’ daripada MAIPs sendiri dan dari Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan di tiga buah rumah lain dalam kariah yang sama.

Rumah pertama ialah Ruslan Din, 54 tahun yang tinggal bersama keluarga dengan hasil pendapatan dengan mengutip dan menjual barang-barang lusuh. Isteri beliau menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau merupakan penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ dan ‘Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs pada Tahun 2018’.

Rumah kedua dikunjungi milik Halimah Mat, 48 tahun yang tinggal bersama suami. Hasil pendapatan beliau ialah dengan menjual ikan. Beliau menghidap penyakit saraf dan sedang mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Fauziah.

Sementara itu, rumah ketiga pula ialah penerima ‘Bantuan Bulanan Fitrah MAIPs’, Sum Abdullah, 103 tahun yang tinggal bersama anak beliau yang kini berusia 80 tahun.

Baginda juga turut singgah di nurseri durian MS Maju Utara di Bukit Keteri.

Kayuhan kali ini disekalikan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah dalam program ‘Perlis Hebat : Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ sempena sambutan ‘Hari Diabetes Sedunia’ yang disambut pada 14 November setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran berkenaan penyakit ini, impaknya ke atas kesihatan dan kesejahteraan, serta strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mengekang dan mengawalnya.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE