Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pantau kesihatan guru, pelajar n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pantau kesihatan guru, pelajar

Pantau kesihatan guru, pelajar

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 13 Disember 2021 09:11

KANGAR : Semua pengetua dan guru besar sekolah di negeri ini disarankan memantau tahap kesihatan guru, kakitangan dan pelajar dengan menjalankan saringan gejala Covid-19 setiap hari. 

 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, langkah tersebut penting bagi memastikan hanya guru, kakitangan dan pelajar sihat sahaja hadir ke sekolah.

Titah baginda, pembelajaran hendaklah dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal antara pelajar, pemakaian pelitup muka dan kerap membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Pihak sekolah juga hendaklah kerap menjalankan sanitasi persekitaran terutamanya di permukaan yang kerap disentuh.

“Pihak guru juga disarankan meminimumkan pergerakan ke kawasan sesak dalam kehidupan seharian masing-masing kerana mereka juga berpotensi untuk menjadi punca jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar khususnya dalam gelembung asrama,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs kepada 30 asnaf dalam kalangan anak kariah di Masjid Al Mukminin, Kota Kayang di sini hari ini.

Para asnaf masing-masing menerima RM700 dengan jumlah keseluruhan RM21,000.

Mengiringi baginda, Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Alhabshe.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin yakin pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan negeri telah mengambil langkah-langkah yang tepat bagi memastikan sesi pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 

Titah baginda, bukan hanya pelajar terkesan oleh krisis global tersebut, namun tugas guru juga menjadi semakin mencabar apabila perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses pengajaran dilaksanakan secara dalam talian.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE