Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rejimen Askar Wataniah bukti mampu jadi benteng kedua pertahanan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rejimen Askar Wataniah bukti mampu jadi benteng kedua pertahanan

Rejimen Askar Wataniah bukti mampu jadi benteng kedua pertahanan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 13 Disember 2021 09:14
 

Rejimen Askar Wataniah telah membuktikan kebolehannya sebagai benteng kedua dalam pertahanan negara dan mengaugumentasi Angkatan Tetap semasa aman dan darurat.

Terkini ia telah menunjukkan hasil yang proaktif terutamanya semasa Op Penawar diaktivasikan. Kemampuan yang kredibel bagi menggerakkan jentera sokongan dari Jabatan Awam dan Swasta juga adalah tidak dapat dinafikan lagi.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat ke ‘Program Khatan Perdana Rejimen 504 Askar Wataniah 2021’ melibatkan anak-anak tentera, anak-anak kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan beberapa orang anak-anak penduduk sekitar kem di Kem Bukit Keteri pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyaksikan perarakan bunga manggar ke ‘Kolam Bot Tempur’ yang disediakan serta menyempurnakan simbolik ‘Semburan Air Bomba’ di Padang Kawad sebelum meninjau kanak-kanak berkhatan di Rumah BAKAT kem tersebut.

Pada masa yang sama Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Komander rejimen berkenaan menitahkan bahawa pihak rejimen itu akan sentiasa berusaha keras bagi cuba meningkatkan lagi penyediaan keperluan logistik dan infra dalam pelbagai sudut supaya menjadi lebih kondusif serta selesa agar mampu menjana minat para anggotanya untuk kekal aktif dalam latihan dan organisasi kerana segala latihan dan kursus tetap perlu dijalankan seperti biasa.

Inisiatif gunasama prasarana latihan bersama Angkatan Tetap juga akan cuba diimplementasikan dalam usaha untuk mencapai objektif latihan yang digariskan.

Untuk rekod, pada 1 Jun 1958, Askar Wataniah telah ditubuhkan secara rasminya melalui Ordinan Perkhidmatan Persekutuan. Diletakkan di bawah seliaan Bahagian Pasukan Simpanan Dan Kawalan Briged Setempat, Askar Wataniah telah melalui pelbagai perubahan dramatik dalam meneraju pemantapan mengikut keperluan semasa.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE